
Cara Mudah Untuk Menambahkan Ram Pada Smart PhoneAnda
Pada asasnya saya tegaskan bahawa anda sebenarnya tidak boleh menambah kapasiti RAM internal smartphone anda. Sebagai contoh, Jika smartphone anda mempunyai kapasiti RAM 1GB dan anda ingin meningkatkannya kepa 2GB itu adalah amat mustahil sekali dan tidak boleh untuk melakukannya melainkan anda membeli smartphone baharu yang mempunyai nilai RAM yang tinggi.
Anda cuma boleh membuat satu bayangan RAM agar boleh membantu fungsi RAM anda supaya melakukan kerja-kerja pada Internal RAM dari background atau foreground. Cara ini disebut sebagai Virtual Memory dan mempunyai cara yang tersendiri tiga cara ini ialah Swap Partition, Swap File dan ZRAM
Ketiga-tiga cara ini mempunyai perbezaan dan ketahui ciri-ciri perbezaan mereka dibawah.
- Swap Parition – Swap Partition ialah anda membahagi-bahagikan Nilai kapasiti memori SD Card anda. Contohnya, memory SD Card anda mempunyai kapasiti 1GB teteapi bila anda membuat swap partition ini dengan membahagikan 2 bahagian dan setiap bahagian berkapasiti 500MB.
- Swap File – Swap File ialah menggunakan jenis file yang diletakkan didalam SD Card anda untuk membuat Virtual Memory
- ZRAM – ZRAM ini menggunakan sebahagian RAM Internal smartphone anda untuk dimampatkan atau Compressed cara ini juga dikenali sebagai Virtual Memory. “Nota” bila anda tetapkan nilai ZRAM anda besar, maka semakin kecil Internal RAM anda.
Anda disarankan supaya tidak membuat nilai yang terlalu besar pada Virtual Memory ini kerana proses ini berjalan tetap tertumpu pada Internal Ram anda. Sebenarnya, nilai maksimum bagi dalam membuat multi tasking system ialah sebanyak 255MB sudah memadai. Virtual Memory ini tidak digalakkan bagi pengguna smartphone yang memiliki low Spec Smartphone.