4 Langkah Ketika Smartphone Anda Dimasuki Air


tips smartphone masuk air


Walaupun dunia teknologi kita sudah maju, tetapi terdapat masih barangan elektrik yang cepat rosak jika terendam air. Bagi pengguna pelbagai jenis smartphone, perkara ini mesti dijaga. Elakkan daripada smartphone kamu dari terkena air, kerana ia akan merosakkan smartphone kamu dengan sekelip mata. Dengan kerosakkan ini kita akan mengalami kerugian akibat daripada kejadian malang ini.

Walau bagaimanapun, Perkara malang ini kadang-kadang kita tidak mengininya dan kadang-kadang ia berlaku dengan spontan. Oleh sebab itu, kita haruslah peka dengan keadaan sekeliling jangan biarkan kcuaian kita itu akan menyebabkan kerugian pada kita sendiri. Jadi bagaimana caranya untuk kita menghadapi situasi yang berlaku seperti ini, Dibawah saya akan cuba terangkan perkara yang patut anda lakukan jika Situasi ini berlaku.

Perkara-Perkara Tersebut Itu Ialah:-

1) Keluarkan Batteri Anda Dari Smartphone
  • Putuskan hubungan kuasa yang ada adalah langkah yang tepat dalam menghadapi situasi ini. Ia juga dapat mengurangkan risiko berlakunya kerosakan yang serius pada smartphone anda. Litar elektrik didalam smartphone anda pada kebanyakkanya mampu bertahan dengan air jika tidak ada kuasa elektrik yang menghubungkannya. Oleh itu, amatl;ah tepat untuk kita mematikan kuasa pada smartphone kita itu,.
2) Keluarkan Simkad Anda Dari Dalam Smartphome
  • Anda juga tidak ingin mahukan kerosakkan pada simkad kita kan? Jadi segera keluarkan simkad dari smartphone tersebut. Dengan cara ini, kita dapat mengelakkan hilangnya phonebook ayau nombor yang kita simpan dalam simkad tersebut.
3) Keringkan Smartphone Anda
  • Keringkan smartphone anda dengan cara mengelap pada bahagian luar yang basah. Lap sehingga kering. Apabila anda sudah lap hingga kering pada bahagian luar yang basah anda juga boleh mencuba petua yang saya berikan ini iaitu memasukkan smartphone anda kedalam guni beras dan tanam ia kedasar dan tunggu selama beberapa jam untuk ia kering.
4) Periksa Smartphone Anda Jika Kering
  •  Periksa smartphone anda dengan pasangkan kembali bateri kedalam smartphone anda dan hidupkan kuasanya. Tentukan masalah yang dihadapi pada smartphone. Dengan cara ini kita dapat mengetahui apa yang sudah rosak akibat dari kejadian malang ini.

JIKA MASIH TIDAK BERFUNGSI

Jika smartphone anda tidak dapat dihidupkan lagi cuba gunakan bateri lain sebagai ujian mungkin masalah itu terdapat pada bateri anda. Dan jika masih lagi tidak dapat dihidupkan juga dengan melakukan perkara-perkara dia atas. Hantarlah smartphone anda untuk diservis di Service Center yang berdekatan dan terangkan masalah yang anda hadapi kepada mereka.

    Blog ini diwujudkan untuk informasi tentang android. kami juga memberikan sedikit tutorial yang pernah kami lakukan sebelum ini sebagai panduan untuk anda. Selain itu juga kami menyajikan dengan tulisan-tulisan info kepada anda, berita dan sebagainya. Blog berasal dari Malaysia ini juga merupakan salah satu blog yang sedang menaik.

    Jom Kongsikan

    Related Posts

    Previous
    Next Post »

    1 comments:

    comments
    5 Oktober 2016 11:31 PTG delete

    Hp saya pernah kemasukan air ... tapi tdk bisa diperbaiki lagi ... huhhhh ...sedihnya

    Reply
    avatar