Kecanggihan teknologi perhubungan pada masa kini amatlah tidak dapat disangkal lagi. Dari menggunakan burung pada zaman dahulu untuk berhubung antara satu sama lain sampailah zaman moden sekarang.
Jika dilihat pada 5-7 tahun lepas kita dapat lihat penggunaan Public Phone amat popular dikalangan rakyat Malaysia dahulu dan cuba kita lihat pada zaman kali ini iaitu hampir untuk kita mencapai Wawasan 2020 banyak kemajuan sistem perhubungan yang boleh menghububungkan kita semua..
Antara Top 5 Messaging Apps di Malaysia ialah :-
Whatsapp amat popular di Malaysia kerana cara penggunaanya yang mudah dan ringkas. Anda boleh mendapatkan Messaging app ini di Play Store mahupun Apps Store
2) Wechat
Kepada para pengguna gadget atau smartphone suda tidak asing lagi dengan dengan messaging app ini. Ia boleh beroperasi pada platform Android, Ios, Windows Phone, Blackberry dan Symbian OS.
3)BeeTalk
App BeeTalk ini merupakan antara Messaging app popular di Malaysia kerana ia mampu bersaing dengan Apps Messaging yang lain. Ia juga mempunyai banyak feature seperti boleh menghantar text, menghantar gambar dan menghantar Doodle iaitu kiriman gambar yang berupa lukisan.
4) Messenger (Facebook Messengger)
Messenger ini adalah merupakan app rasmi bagi Facebook sendiri. App ini sendiri sama seperti apps messaging yang lain. Mampu bertukar gambar, chat dan mampu berkongsi lokasi anda berada kepada kawan-kawan anda. Messenger amat penting bagi sesiapa yang mempunyai akaun Facebook sama ada di gadget anda mahupun smartphone anda.
5) Viber
Aplikasi ini merupakan antara aplikasi yang unik kerana kita bebas membuat panggilan kepada pemilik viber yang lain.. Dan yang paling syok ialah ia merupakan panggilan free tanpa caj tambahan. Ia juga mempunyai persamaan seperti apps messaging yang lain. boleh bertukar gambar, chatting dan sebagainya.
Tamat Ps: Walau semaju mana negara kita hadapi sekarang kita hendaklah menggunakan semua kemudahan ini dengan sebaik mungkin supaya kita tidak mengganggu hak privacy orang lain. Dengan itu kita berharap dengan kemudahan ini kita dapat gukan dengan sebaik mungkin dan jangan disalah gunakan pula yerr..