5 Tips Sebelum Membeli Smartphone Baharu


tips membeli smartphone baharu

Kini kita berada diambang kemajuan yang tidak terhingga hingga terdapat pelbagai jenis smartphone yang diklon hingga menampakkan seperti model baharu. Tidak dapat dinafikan bahawa kita sangat memerlukan smartphone d zaman ini sekurang-kurangnya satu smartphone. Pada kali ini saya akan berkongsikan tips untuk kita semua bagaimana cara memilih smartphone yang tepat dan berpuas hati dengan pilihan anda. Ini Kerana masih begitu ramai orang yang bingung tentang cara pemilihan smartphone ini hingga ada yang membuatkan seseorang itu menyesal kerana membelinya.


Jadi oleh kerana masalah tersebut apa yang patut anda memilih berdasarkan kualiti agar tidak menyesal kelak? saya akan terangkan beberapa tips dibawah yang patut anda ketahu sebelum membeli smartphone baharu.

1) Tips Pertama : Ketahui Sistem Operasi Smartphone Tersebut
  • Kita kena ketahui jenis Sistem operasi kita inginkan sama ada Android OS, IOS atau Windows Phone. Sistem-sistem yang saya sebut ini adalah merupakan Sistem Operasi smartphone yang selalu menjadi pilihan orang ramai. Ketiga-tiga sistem operasi ini memiliki perbezaan yang tersendiri. Perbezaan inilah yang menjadi pengukur ketepatan dalam pemilihan smartphone yang baharu bagi sesetengah orang.
2) Tips Kedua : Saiz Skrin
  • Kualiti skrin pada smartphone yang anda target amatlah mempengaruhi dalam pemilihan smartphone baharu anda. Ini kerana setiap daripada kita inginkan kualiti yang maksimun. Jika diantara kita meminati jenis skrin yang besar, Kita kena fikir dahulu kerana pemilihan skrin yang terlalu besar juga mampu menyebab masalah seperti kesukaran untuk dibawa dan sebagainya. Jadi pemilihan skrin yang sederhana amatlah disarankan kerana ia mudah dibawa kemana-mana sahaja.
3) Tips Ketiga : Ketahanan Bateri Smartphone
  • Ketahanan bateri ini diukur melalui jenis Processor bakal smartphone anda. Ini kerana bukan setakat smartphone dual core sahaja yang terdapat didalam pasaran, tertapi ada juga smartphone yang mempunyai jenis processor Octa-Core dipasaran. Jenis Proscessor Octa Core ini punyai banyak kelebihan akan tetapi disebalik tenaga kerja yang berlebihan tanpa rehat maka batteri smartphone anda juga akan cepat habis.
4) Tips Keempat : Kapasiti Storage
  • Kapasiti storage amatlah penting dalam pemilihan smartphone baharu. Pastikan kapasiti storage pada smartphone yang anda beli itu cukup untuk anda. Sedangkan jika kita mengambar selfie kadang-kadang saiz foto tersebut amat besar. Pemilihan storage yang besar amatlah digalakkan kerana pelbagai file yang boleh kita simpan didalamnya seperti mp3, video, movie dan lain-lain file lagi.  Terdapat beberapa jenis Storage iaitu 8GB, 16Gb, 32GB dan selanjutnya
5) Tips Kelima : Connectivity
  • Terdapat jumlah yang banyak smartphone yang support 3G, Walaubagaimana pun, untuk pengguna yang inginkan perkhidmatan internet yang baik anda digalakkan untuk menggunakan smartphone yang support 4G khusunya bagi yang tinggal dibandar. Sekarang, 4G amat meluas rangkaiannya diserata bandar besar.

Dengan 5 tips yang saya kongkikan ini semoga berguna bagi para pembaca. Sekian Terima Kasih

Blog ini diwujudkan untuk informasi tentang android. kami juga memberikan sedikit tutorial yang pernah kami lakukan sebelum ini sebagai panduan untuk anda. Selain itu juga kami menyajikan dengan tulisan-tulisan info kepada anda, berita dan sebagainya. Blog berasal dari Malaysia ini juga merupakan salah satu blog yang sedang menaik.

Jom Kongsikan

Related Posts

Previous
Next Post »