7 Tips Penjagaan Kucing-Kucing Anda


tips menjaga kucing anda


Kucing merupakan antara haiwan yang sangat disukai oleh seluruh dunia. Kucing bersifat manja dan memiliki wajah yang comel dan menenangkan hati ini membuatkan daya tarik yang kuat untuk manusia menjaganya. Selain itu kucing juga merupakan haiwan yang pintar dan merupakan antara haiwan yang memerlukan sedikit perhatian daripada tuannya.

Pengalaman menjaga kucing ini sangat menyeronokkan kerana dengan ini kita dapat memupuk semangat ihsan terhadap binatang iaitu belas kasihan terhadap maklukh ciptaan Allah yang lain iaitu binatang. Sedangkan Nabi Muhammad SAW pun memelihara kucing apakan lagi kita ? Banyak nilai positif jika kita memelihara kucing ini.

Memelihara kucing ini memerlukan kesabaran dan ketabahan kerana dengan ini kita dapat memahami sendiri kucing kita dan berusaha supaya kita menjaganya dengan lebih baik lagi. Oleh itu terdapat pelbagai cara untuk kita menjaga kucing-kucing ini

Antara cara terbaiknya ialah

1) Sediakan keperluan asas kucing seperti permainan, makanan, tandas kucing dan alat untuk kucing mencakar.  Ini merupakan perkara asas bagi kita untuk memulakkan penjagaan kucing

2) Sentiasa membelai kucing anda, kerana dengan ini kucing akan merasa disayangi dan akan patuh kepada anda dan kita dilarang sama sekali melakukan kekasaran kepada kucing-kucing kita. Ini akan membuatkan mereka takut dan trauma jika kita melakukan kekasaran terhadap mereka. Mereka juga, mungkin akan menjauhkan diri daripada anda.

3) Sentiasa memberikan perhatian terhadap mereka contohnya sentiasa memandikan kucing, membersihkan dirinya, sentiasa memeriksa pada bahagian badan jika terdapat luka maka kita wajib merawatnya.

4) Sentiasa membwa kucing anda bermain diluar kawasan rumah anda. Pendedahan dengan dunia diluar rumah mungkin akan membuatkan kucing lebih menyanyangi kita kerana kucing juga memerlukan kebebasan. Jangan sesekali mengurung mereka didalam sangkar kerana mereka tidak menyukai apabila dikurung.

5) Dikala diwaktu lapang, ajaklah kucing kita bermain bersama. Bermain menggunakan tali atau bola. Kerana dengan cara ini akan membuat kucing anda lebih aktif dan tidak bosan. Selain itu juga, Ia boleh merapatkan anda dengan kucing anda. Selain itu, suasana yang ceria juga membuatkan kucing anda lebih senang jika bersama anda.

6) Kucing juga seperti kanak-kanak yang memerlukan teguran lebih-lebih lagi anak kucing yang agak nakal. Jika perkara ini berlaku maka alihkan dan buatlah teguran kepada mereka agar mereka berhenti melakukan perkara yang diluar jangkaan. Jika tuguran anda betul maka kucing ini pun akan memahaminya dan tidak akan buat semula.

7) Lindungi kucing anda daripada pelbagai ancaman luar, contohnya anjing dan kucing-kucing kejiranan anda. Jauhkan mereka dari sebarang pergaduhan. Kerana dengan pergaduhan antara kucing-kucing yang lain mungkin membuatkan kucing anda tercedera dan sakit.



tips menjaga kucing anda

Dengan itu demikianlah 7 cara penjagaan kucing comel anda. Memelihara kucing bukanlah sukar sebenarnya. Cuma kadang-kadang kita perlukan kesabaran dan lebih kepada sikap prihatin bagi melayan sebarang karena daripada kucing-kucing ini. Semoga bermanfaat.

Blog ini diwujudkan untuk informasi tentang android. kami juga memberikan sedikit tutorial yang pernah kami lakukan sebelum ini sebagai panduan untuk anda. Selain itu juga kami menyajikan dengan tulisan-tulisan info kepada anda, berita dan sebagainya. Blog berasal dari Malaysia ini juga merupakan salah satu blog yang sedang menaik.

Jom Kongsikan

Related Posts

Previous
Next Post »