Budak Lelaki Mempunyai Pendapatan Rm 350 Ribu Sebulan??! Biar Betul !! (3 Gambar)

Millionaire Kid

Seorang budak lelaki berumur lapan tahun bernama Evan yang berasal daripada Amerika Syarikat ini mampu menghasilkan pendapatan jutaan ringgit hanya melalui laman website video yang terkenal iaitu  YouTube. Pencapaian ini amat luar biasa sekali bagi budak yang berusia seumur dengannya. Dikatakan dia mampu menghasilkan wang yang cukup besar pada setiap bulan iaitu dengan pendapatan Rm350,0000 sebulan




Tugasnya amat mudah dan hanya perlu mengulas tentang permainan kanak-kanak dengan ringkas dan beberapa jenis permainan video yang lain. Bapanya juga turut menyokong usaha anaknya ini iaitu dengan merakam dan membuat editan pada video yang dirakam itu supaya menjadi lebih baik dan Upload video tersebut kedalam YouTube. Apa yang lebih menghangatkan lagi ialah video yang diupload tersebut mempunyai hampir 750juta penonton. WoW! Ini membuatkan videonya itu amat popular sekali.


                         

Selain mempromosikan melalui agensi pengiklanannya, Evan juga turut menyediakan sebutan harga bagi mana-mana pihak yang mahu mengiklankan produk mereka di video milik Evan itu sendiri. Hasil daripada pendapatan lumayan Evan itu tidak digunakan oleh keluarganya kerana mereka telah memutuskan wang itu untuk Evan pada masa hadapan..

Blog ini diwujudkan untuk informasi tentang android. kami juga memberikan sedikit tutorial yang pernah kami lakukan sebelum ini sebagai panduan untuk anda. Selain itu juga kami menyajikan dengan tulisan-tulisan info kepada anda, berita dan sebagainya. Blog berasal dari Malaysia ini juga merupakan salah satu blog yang sedang menaik.

Jom Kongsikan

Related Posts

Previous
Next Post »

1 comments:

comments
9 Mei 2015 2:54 PTG delete

bijak mengeksploitasi bakat ...

Reply
avatar