Cara Matikan Alarm Dengan Selfie [ExpanDroiders]

                                            Bean androiders
Matikan alarm dengan membuat sliding pada screen smartphone anda amat biasa bukan? Kenapa kamu tidak guna cara yang lagi gempak dan berstail? Contohnya, matikan alarm smartphone anda guna gambar selfie. hehe. Jika kamu  terbangunkan oleh alarm smartphone anda di awal pagi, kamu hendaklah mengambil gambar muka anda bagi menandakan bahawa kamu sudah bangun, apabila selesai berselfie, alarm tersebut secara automatik berhenti. Cara ini mungkin disukai oleh pengguna smartphone yang selfie lovers.


Nama Application tersebut ialah Snap Me Up. Aplikasi alarm ini menggunakan Face Recognition untuk mengesan muka anda. Disini ada tutorial untuk menggunakan aplikasi ini boleh lihat dibawah

  • Download Aplikasi tersebut di PlayStore saiznya cuma kecil sahaja iaitu 4 MB
                                               snap me up malaysia
  

  • Buka aplikasi Snap Me Up dan tekan pada butang tambah untuk menentukan masa yang anda inginkan
                         Expandroiders

  •  Isi nama, Jam dan jenis bunyi alarm yang anda kehendaki. Apabila selesai membuat tetapan tersebut anda cuma perlu menekan butang merah untuk bersetuju dengan tetapan yang anda buat tadi.
                               snap me up di malaysia


  • Pada bahagian setting anda boleh tetapkan bunyi alarm, jenis kamera yang digunakan iaitu belakang atau kamera hadapan, notifikasi  dan  face detection.


    Melalui aplikasi ini anda boleh nikmati pagi anda dengan cara yang unik untuk mematikan alarm smartphone anda. Walaupun cara ini agak pelik sedikit, tapi apa salahnya kita cuba stail yang lain daripada lain bukan? hehe. Sekian itu sahaja.

Blog ini diwujudkan untuk informasi tentang android. kami juga memberikan sedikit tutorial yang pernah kami lakukan sebelum ini sebagai panduan untuk anda. Selain itu juga kami menyajikan dengan tulisan-tulisan info kepada anda, berita dan sebagainya. Blog berasal dari Malaysia ini juga merupakan salah satu blog yang sedang menaik.

Jom Kongsikan

Related Posts

Previous
Next Post »