
Bagi sesetengah pihak kamera adalah antara bahagian yang amat penting yang perlu dititik beratkan sebelum membeli smartphone baharu ini kerana kamera membolehkan kita untuk mengambil gambar yang cantik melalui smartphone kesayangan anda. Semakin besar nilai Mega Pixel yang ada disesuatu smartphone maka semakin berkualitilah gambar yang diambil.
Tahukah anda kadang-kadang kamera pada smartphone kita tidak berfungsi dengan baik. Ini membuatkan kita amat marah dengan situasi yang kita alami ini kerana tertera tulisan pada skrin smartphone anda yang bertulis seperti ni ” Camera Failed ErrorFallBack” atau ianya bertulis “Error Message Handler.HandlerMessage (-1)”
Punca situasi kamera anda berlaku seperti ini ialah sama ada kamera anda yang mengalami kerosakkan atau aplikasi stock kamera anda yang mengalami sedikit gangguan. Bagi peminat-peminat smartphone yang meminati smartphone yang berkamera pastikan dahulu kameranya berfungsi dengan baik sebelum anda membelinya dikedai.
Untuk masalah kerosakkan bagi kamera ini haruslah membuat service smartphone anda di service centre yang berdekatan. Untuk mengatahui masalah ini merupakan masalah hardware kamera tersebut atau masalah apk kamera yang terinstall dismartphone, anda boleh ikuti cara-cara yang tersedia dibawah ini.
Membuat Pemeriksaan Kamera Anda
- Anda dikehendaki untuk membuat pembersihan data untuk aplikasi Kamera anda iaitu anda pergi ke Setting >> Pilih Apps >> Running dan cari aplikasi stock kamera anda. Bila anda jumpa tekan pada apps tersebut dan clear data.
- Kemudian anda harus hentikan aplikasi itu berjalan untuk sementara waktu, Setting>>Apps>Running pilih aplikasi yang sudah anda clear data tadi sekarang anda harus memberhentikannya iaitu dengan tap pada Force Stop.
- Setelah anda sudah lakukan arahan diatas, run semula aplikasi kamera anda kembali. Jika masalah ini tetap tidak dapat dibaiki itu adalah masalah hardware kamera smartphone itu sendiri. Caranya ialah dengan menghantar smartphone anda di service centre untuk dibaiki.
Demikianlah cara memeriksa kesihatan kamera anda. Semoga dengan tutorial ini dapat membantu saudara yang sedang dalam kesulitan.