Tutorial Menggunakan Titanium Backup Dengan Mudah

cara mudah menggunakan titanium backup


Titanium Backup adalah merupakan aplikasi yang mempunyai banyak  fungsi yang menarik dalam didalam aplikasi ini. Titanium Backup ini juga hanya boleh melakukan prosesnya hanya pada smartphone android yang sudah di root sahaja. Jika smartphone anda belum root, maka root dahulu smartphone anda baru anda boleh menggunakannya.

Jika seseorang itu gemar dalam menggunakan custom rom, pasti aplikasi ini amat berguna bagi mereka. Menggunakan aplikasi Titanium Backup ini, amat menyenangkan seseorang itu yang gemar bertukar-tukar custom rom. Ini kerana penggunaanya yang mudah dan sangat kompleks. Cara penggunaan aplikasi ini akan saya terangkan dibawah

Melakukan Backup

  • Pastikan smartphone anda betul-betul sudah diroot. Periksa sama ada root anda masih berfungsi. anda boleh memuat turun aplikasi ini untuk memeriksanya Root Checker Playstore
  • Jika anda sudah pastikan smartphone anda mempunyai root akses yang sempurna, Maka sila lah muatturun aplikasi Titanium Backup Di PlayStore
  • Setelah selesai memasangnya, Buka aplikasi itu dan berikan root akses kepadanya melalui superuser yang keluar pada skrin anda.
  • Kemudian, pilih pada option yang terletak sebelah kiri pada bahagian home dan pilih batch action
  • sejurus daripada itu, pilih backup all user dan system data sesuai dengan keinginan anda yang untuk dibackup
  • Ketika dalam pemprosesan bacup anda dikehendaki menunggu hingga psroses itu selesai

Cara Melakukan Restore

Cara melakukan Restore pada aplikasi yang sudah backup anda haruslah mengikuti cara seperti dibawah ini

  • Buka aplikasi Titanium Backup yang ada dimenu skrin anda dan run aplikasi tersebut
  • Anda dikehendaki membuka menu diaplikasi tersebut dan pilih backup dan restore.
  • Tentukan aplikasi yang anda inginkan untuk melakukan proses restore ini.
  • Bila anda sudah ketahui aplikasi yang anda inginkan untuk direstore balik.
  • Tunggu proses restore itu selesai
Proses menggunakan aplikasi ini hanya untuk Smartphone yang sudah root sahaja. Penggunaan aplikasi ini, membolehkan kita menikmati kemudahan menyimpan aplikasi dengan melakukan proses backup. Ia menjimatkan kuota internet kita daripada mendownload kembali aplikasi yang hilang ketika melakukan pertukaran Rom. Semoga dengan Tutorial ini memudahkan kita semua.

Blog ini diwujudkan untuk informasi tentang android. kami juga memberikan sedikit tutorial yang pernah kami lakukan sebelum ini sebagai panduan untuk anda. Selain itu juga kami menyajikan dengan tulisan-tulisan info kepada anda, berita dan sebagainya. Blog berasal dari Malaysia ini juga merupakan salah satu blog yang sedang menaik.

Jom Kongsikan

Related Posts

Previous
Next Post »