Cara Unroot Smartphone Anda Dengan Mudah


Cara Unroot dengan mudah

Root adalah satu proses yang memberikan akses penuh pada smartphone yang menggunakan Android OS. Proses ini membolehkan kita untuk mengubah system dalam dan luar serta mampu meningkatkan fungsi smartphone anda sendiri. Selain itu, Dengan melalui proses root ini juga membolehkan kita untuk membuat pertukaran ROM dengan menggunakan custom Rom yang sedia ada, melakukan proses "Cheat" pada sesetengah game, membuang aplikasi bloatware dansebagainya.

Jika pengguna smartphone itu sendiri tidak menggunakan fungsi ini dengan baik. maka, akan mencacatkan system smartphone anda sendiri. Ini disebabkan penggunaan aksess kepada system tidak teratur dan anda mungkin tidak memahami tentang isi maksud system Root ini dengan teliti. Dan menjadi risiko bagi para Androiders untuk melakukan pertimbangan sama ada inginkan Root akses atau tidak.

Selain daripada itu, Proses root ini juga membuatkan warranty atau jaminan terhadap smartphone anda hilang. Tetapi bila anda melakukan Proses Unroot pada smartphone anda yang sudah root dan membuat factory reset pada smartphone anda iaitu format balik anda boleh mendapatkan warrantyanda kembali.
 

Tutorial Meng-Unroot Smartphone Anda

Jika Anda sudah Melakukan Proses Root Dan Ingin Kembalikan Smartphone Anda seperti baru beli pada hari ini. Disini terdapat dua cara untuk melakukan tutorial ini iaitu melakukan Unroot menggunakan Root Explorer atau Uninstall Apps SuperSu. Tutorialnya adalah terdapat dibawah

(i) Cara Unroot Melalui SuperSu
  • Buka Smartphone anda
  • Tekan Menu dan cari supersu di menu apps pada smartphone anda
  • Buka Supersu. Tekan Setting
  • Pilih Full Unroot dan Continue
  • Tunggu proses demikian itu selesai dan Reboot atau restart Smartphone anda
(ii) Unroot Menggunakan File Explorer Apps
  • Buka smartphone anda
  • Tekan menu dan cari File  Explorer yang anda sudah install
  • Masuk kedalam folder Root
  • Cari folder /system/bin/su dan padam folder ini .
  • Seterusnya, anda juga dikehendaki cari folder /supersu/xbin/su dan padam juga folder ini
  • yang terakhir, cari folder /system/app/superuser.apk delete apk tersebut.
  • Reboot smartphone anda
Begitulah cara melakukan proses unroot yang mudah dan berkesan. Jika terdapat masalah bagaimana dan caranya anda dikehendaki bertanya pada yang lebih expert. Baca dengan teliti pada tutorial yang dikongsikan tersebut. Sekian

Blog ini diwujudkan untuk informasi tentang android. kami juga memberikan sedikit tutorial yang pernah kami lakukan sebelum ini sebagai panduan untuk anda. Selain itu juga kami menyajikan dengan tulisan-tulisan info kepada anda, berita dan sebagainya. Blog berasal dari Malaysia ini juga merupakan salah satu blog yang sedang menaik.

Jom Kongsikan

Related Posts

Previous
Next Post »