Tutorial Jadikan Smartphone Sebagai Remote TV Dirumah Anda

Memang tidak dapat dinafikan bahawa kemodenan teknologi sekarang amat memudahkan manusia. Pernahkah anda mendengar mengawal TV menggunakan smartphone? Adakah anda mengawal TV anda menggunakan remote control biasa yang diberikan oleh pengeluar tv tersebut? Tahukah anda bahawa anda juga boleh mengawal TV anda menggunakan smartphone anda.

Mengawal TV anda menggunakan smartphone ini merupakan antara salah satu kelebihan yang diselitkan dalam smartphone berplatformkan android ini. Namun akan tetapi, tidak semua smartphone memiliki kelebihan ini. Antara model smartphone yang boleh menggunakan aktiviti mengawal TV ini ialah seperti Samsung s3, Samsung s4, Samsung S5, Samsung S6, Xperia Z2, LG G2 dan beberapa lagi smartphone yang sebaris dengan model tersebut.

Sebelum menjadikan smartphone anda sebagai pengawal TV dirumah anda, anda terlebih dahulu memuat turun aplikasi ketiga untuk menjalankan proses ini. Aplikas ini boleh didapati di PlayStore ia itu bernama IR Universal Remote. Untuk memasang aplikas ini di smartphone anda boleh ikuti tutorial yang disediakan dibawah.

 

Tutorial Memasang IR Universal Remote

  1. Pasangkan aplikasi IR Universal Remote terlebih dahulu. Anda boleh mencari aplikasi ini di PlayStore
    Muat turun aplikasi tersebut
     
  2. Setelah anda berjaya muat turun aplikasi tersebut, Maka buka aplikasi tersebut. Apabila anda sudah membukanya pilih IR Database
  3. Masuk kepada Menu TV, Dalam menu tersebut terdapat banyak saluran yang disediakan. Kemudian pilihlah saluran apa yang korang nak tengok.
  4. Setelah itu, terdapat bebarapa petunjuk untuk anda dalam pengawalan siaran tersebut anda boleh mengawalnya dengan memidahkan ke saluran lain, mematikan TV dan banyak lagi.

Aplikasi ini sangat membantu bagi mereka yang mengalami kerosakkan pada remote tv.seperti kerosakkan fizikal remote (button tidak berfungsi), kehabisan bateri dan bebarapa masalah lagi. Demikianlah berakhir tutorial memasang IR Universal Remote ini. Semoga dapat membantu.

Post a Comment

Cara Memeriksa Sama… Tips Bercakap Didepan…