Info Kelebihan Bila Pasangan Suami Isteri Berpeluk

                              
kelebihan suami isteri berpeluk

Bagi wanita yang sentiasa sibuk dengan urusan rumah tangga untuk melayan anak-anak dan sebagainya. Ini membuatkan wanita itu amat tertekan dan memerlukan perhatian daripada suami tercinta. Isteri memerlukan teman untuk meluah dan ini menjadi tanggunjawab bagi si suami untuk menenangkan hati si isteri yang kucar-kacir memikirkan masalah rumah tangga

Pelbagai cara bagi si suami untuk menenangkan hati isteri antaranya ialah memeluk si isteri. Dengan memeluk isteri, mereka akan merasakan bahawa diri lebih disayangi ini membuatkan segala masalah isteri yang dialaminya  akan hilang. Selain itu juga, menurut kajian memeluk isteri selama sepuluh saat juga mampu memanjangkan umur si suami sekurangnya 5 tahun. Memeluk isteri juga menyebabkan tubuh badan si suami mengeluarkan beberapa hormon yang baik untuk kesihatan tubuh badan si suami.


Pelukkan bukan hanya sekadar perkongsian emosi sahaja ia juga merupakan sokongan emosi bagi isteri yang mengalami tekanan perasaan akibat daripada masalah rumah tangga yang dihadapinya. Sedangkan Nabi Muhammad S.A.W juga sentiasa mengasihi isterinya. Kita harus mencontohi keperibadian Rasulullah agar rumah tangga kita tetap teguh.



Faedah Memeluk Isteri

1) Menandakan Eratnya Hubungan Pasangan Suami Isteri Itu Sendiri

Berpeluk adalah antara salah satu cara yang baik bagi menunjukkan perasaan sayang kita terhadap pasangan. Pelukkan juga merupakan sebagai isyarat bahawa kita tidak mahu kehilangan dirinya. Seterusnya, Akan membuatkan perasaan sayang antara satu sama lain lebih kuat dan harmoni.

2) Peluk Juga Akan Memberikan Pasangan Suami Isteri Itu ketenangan
Selain mengeratkan hubungan, Pelukkan dari suami juga mampu memberikan ketenangan kepada suami, pelukkan suami juga mampu memberikan ketenangan. Contohnya, ketika isteri mengalami kesedihan,takut, atau kecewa pelukkan suami adalah yang terbaik untuk menenangkan hatinya. Dengan ini si isteri juga mampu melawan perasaan tersebut kerana si isteri tahu ada orang yang menyokongnya daripada mengatasi masalah itu

3) Merupakan Salah Satu Cara Bagi Pasangan Untuk Merasakan Kehangatan Tubuh Badan Anda
Ketika isteri kita kesejukkan si suami hendaklah memeluk isterinya. Contohnya, bila isteri mengalami demam, memeluk isteri ketika itu mampu membuatkan si isteri merasa selesa dengan suhu tersebut.

4) Bagi Pasangan Suami Isteri, Berpelukkan Adalah Aktiviti Sihat
Menurut beberapa kajian yang telah dibuat melaui bepelukkan juga mampu menurunkan tekanan darah manusia. Ini disebabkan beberapa hormon positif dalam badan akan keluar dan membantu kesihatan manusia itu sendiri. Selain daripada itu, membantu mengeluarkan sel darah putih dalam badan untuk melawan penyakit

5) Salah Satu Cara Membuang Tekanan Yang Dihadapi
Melakukan pelukkan antara suami dan isteri juga mampu menghilangkan stress kerana ketika berpelukkan hormon oxytocin dilepaskan untuk melawan stress hingga hilang.

Blog ini diwujudkan untuk informasi tentang android. kami juga memberikan sedikit tutorial yang pernah kami lakukan sebelum ini sebagai panduan untuk anda. Selain itu juga kami menyajikan dengan tulisan-tulisan info kepada anda, berita dan sebagainya. Blog berasal dari Malaysia ini juga merupakan salah satu blog yang sedang menaik.

Jom Kongsikan

Related Posts

Previous
Next Post »

1 comments:

comments
14 Mei 2015 6:03 PG delete

Memang sebuah pelukan antara suami dan isteri sangat disarankan oleh Rosulullah SAW, rasa kasih dan sayang akan semakin terjalin erat.
Sayangnya saya masih single, tetapi ini adala ilmu baru untuk masa yang akan datang..Thanks, nice post ^_^

Reply
avatar