Kelebihan Chipset Qualcomm Snapdragon [ExpanDroiders]

                                              

Pengetahuan ilmu cip yang ada dalam smartphone mungkin tidak ramai yang mengetahuinya. Tahukah anda pelbagai jenis cip yang dipasang pada smartphone anda itu bebeza-beza dari jenis model smartphone yang lain seperti  Qualcomm Snapdragon, mediatek, nvidia tegra dan Exynos. Cip-cip ini juga dikenali sebagai prosessor pada smartphone anda.. Pada kali ini saya tidak akan membahaskan kesemua cip-cip tersebut, saya akan menceritakan tentang cip Qualcomm Snapdragon. Smartphone iaitu khusus kepada Android OS amat tidak asing lagi dengan cip-cip ini kerana cip qualcomm snapdragon memang sesuai jika dipasangkan smartphone yang berplatformkan Android OS ini.

Cipset Qualcomm Snapdragon ini amat popular dan mempunyai majoriti penggunaan yang banyak diseluruh dunia. Disamping itu, Qualcomm Snapdragon ini juga digunakan oleh pelbagai jenis smartphone yang berkualiti seperti 0ppo N3, Samsung Galaxy S 4 dan sebagainya. Cipset Qualcomm Snapdragon ini mempunyai banyak siri yang membuatkan prestasi smartphone itu semakin baik dalam pelbagai aspek dan mempunyai kelebihan yang banyak untuk dinikmati bersama bagi pencinta Smartphone.

                                         

Antara Serba-Sedikit Kelebihan Cipset Ini Ialah Seperti Dibawah:-
  • Boleh menyimpan pelbagai jenis format video. Seperti ,Flv ,mp4 dan sebagainya
  • Membantu kelajuan CPU pada Smartphone anda
  • Membantu kamera pada smartphone anda memiliki pelbagai kelebihan antaranya auto-focus cepat, penggunaan cahaya yang sepatutnya dan sebagainya
  • Membantu mempercepatkan lagi signal 4G smartphone anda.
  • Meningkatkan lagi kualiti bunyi pada Smartphone anda dengan memiliki kelebihan-kelebihan yang lain
 Jika anda pencinta smartphone anda harus mengetahui kelebihan-kelebihan seperti ini supaya kita dapat ilmu tentang lebih tentang smartphone dan teknologi kali ini. Itu sahajalah artikel berkaitan dengan Qualcomm Snapdragon ini. Mugkin ada artikel yang akan muncul berkaitan dengan chipset yang lain pula. Insha ALLAH ~

Blog ini diwujudkan untuk informasi tentang android. kami juga memberikan sedikit tutorial yang pernah kami lakukan sebelum ini sebagai panduan untuk anda. Selain itu juga kami menyajikan dengan tulisan-tulisan info kepada anda, berita dan sebagainya. Blog berasal dari Malaysia ini juga merupakan salah satu blog yang sedang menaik.

Jom Kongsikan

Related Posts

Previous
Next Post »