Punca Smartphone Anda Panas Dan Cara Mengatasinya Disini !

                Batteri Panas

Setiap orang yang memiliki Smartphone mesti pernah mengalami situasi smartphone mereka dalam keadaan panas. Adakah anda mengetahui punca smarphone anda itu menjadi panas? khususnya pada bahagian belakang smartphone anda. Pastinya semua orang pasti cuba mengelakkan daripada situasi ini terjadi. Disini terdapat beberapa sebab situasi yang anda alami terjadi.

Apabila kapasiti smartphone anda kurang atau lemah bateri, kita akan mengisi atau charge semula batteri smartphone kita wall charger atau powerbank. Tapi tahukah anda bahawa dengan kerap kali anda cas smartphone dalam sehari akan menyebabkan batteri smartphone anda itu mudah rosak. Oleh itu, penggunaan batteri yang paling jimat amat digalakkan untuk anda untuk mengelakkan masalah ini terjadi.
                 Batteri panas


Penyebab Dan Nasihat Mengatasinya

1) Mengaktifkan data bila kita tidak menggunakannya. Keadaan ini akan menyebabkan bateri smartphone kita panas. Oleh itu tutuplah Data anda bila tidak menggunakannya. Selain itu juga, Tidak semua tempat yang memiliki signal data yang kuat dikawasan anda berada jadi untuk mengatasi masalah batteri panas tutup data anda bila dikawasan yang kurang signal.

2) Sentiasa Memadam Background Proses Di Smartphone Anda
Penyebab batteri anda mudah panas juga disebabkan Background App Prosess yang banyak. Biarpun kita sudah menekan back button atau home button untuk keluar daripada Apps tersebut ini tidak bermakna background proses mereka juga berhenti. Jadi mengetahui memadam backgroud proses ini dengan cara menekan lama sedikit pada home button anda dan buang semua Background proses apps tersebut.

3) Selalu Periksa Keadaan Batteri Anda
Smartphone yang sudah lama dipakai amat mudah untuk menyebabkan masalah ini timbul. Kita disarankan supaya sentiasa membuat check-up pada smartphone anda. Dengan cara ini kita mudah mengetahui masalah-masalah smartphone dan segera menukar bahagian yang rosak contohnya seperti batteri smartphone anda.

4) Keadaan Persekitaran Anda.
Keadaan persekitaran anda juga merupakan faktor menyebabkan batteri smartphone anda menjadi panas. Contohnya bila anda disituasi panas terik didalam kereta dan anda letak smartphone anda di dashboard kereta anda. Dan bila anda memegang smartphone anda akan merasa panas dibahagian batteri anda. Oleh itu kita disarankan supaya meletak smartphone anda dibahagian yang tidak panas.

5) Terlalu banyak Habuk Didalam Smartphone Anda
Ini juga merupakan punca batteri anda menjadi panas kerana terlalu banyak habuk pada smartphone anda menyumbang kepada tersumbatnya ruangan udara panas yang keluar dari smartphone anda. Jika situasi smartphone anda dalam keadaan begini berpanjangan tanpa sebarang jalan penyelesaian akan menyebabkan smartphone anda mudah rosak.

Blog ini diwujudkan untuk informasi tentang android. kami juga memberikan sedikit tutorial yang pernah kami lakukan sebelum ini sebagai panduan untuk anda. Selain itu juga kami menyajikan dengan tulisan-tulisan info kepada anda, berita dan sebagainya. Blog berasal dari Malaysia ini juga merupakan salah satu blog yang sedang menaik.

Jom Kongsikan

Related Posts

Previous
Next Post »