SEO Dan Ciri-Ciri SEO



apa itu seo

Apa itu SEO?? Pentingkah benda tu untuk sesebuah blog atau website?? Perkataan ini akan sentiasa bermain dalam fikiran bagi seseorang itu baru berkecimpung dengan dunia blogging. Sebenarnya SEO ini amat penting bagi sesetengah pihak untuk membangunkan traffic visitor mereka. Mereka akan cuba sedaya upaya untuk menjadi pakar dalam bidang ini. Selain itu, Anda juga boleh menggunakan teknik ini sebagai menguasai muka hadapan SERP iaitu mendapat kedudukan yang teratas dalam setiap sesuatu kata pencarian. Ini akan memberikan impak yang besar terhadap blog anda.

Disini saya akan sebut beberapa perkara asas yang membantu blog anda. Perkara ini amat penting dalam pembelajaran dalam dunia SEO. Antara 10 perkara asas untuk belajar SEO ini ialah

  1. Pemilihan Keyword Yang Tepat.
  2. Meta Deskripsi
  3. Searh Engine  Ranking Page ( SERP)
  4. Mengindeks
  5. Links
  6. Rel = 'Author'
  7. Rel Canonical
  8. Redirect
  9. Anchor Teks
  10. Tag Pada Judul
SEO ExpanDroiders Malaysia

Perkara-perkara diatas amatlah penting untuk kita pelajari bagi permulaan kita sebagai "Newbie Blogger". Melalui perkara diatas itu juga, membolehkan kita mendapat traffic yang diingini. Istilah-istilah diatas adalah mempunyai maksudnya yang tersendiri ddalam bidang SEO ini. Ketahui maksud-maksud istilah tersebut dibawah.

1) Pemilihan Keyword Yang Tepat
  • Keyword dalam istilah SEO ialah merupakan satu kata kunci yang ditulis oleh pencari maklumat di Search Engine yang berkaitan dengan setiap nntry yang anda wujudkan. Jika pemilihan keyword anda mempunyai visi yang tersendiri, Maka, ia memberikan impak positif kepada blog anda.
2) Meta Deskripsi
  • Meta Deskripsi ini menunjukkan bahawa satu ayat singkatan bagi setiap ruang pada blog anda. Ibarat macam rumusan bagi sesebuah blog. Pastikan anda menulis Meta deskripsi yang tepat untuk blog anda dan jangan sesekali menulis yang tidak berkaitan dengan blog anda.
 3) Apa itu SERP?
  • Pentingnya SERP ini seperti saya sudah katakan tadi, SERP adalah penting bagi menarik lebih ramai lagi pelawat blog anda. Pelawat yang datang dari search Engine ini adalah disebut sebagai Organic Visitor.
4) Apa itu indeks?
  • Indeks ialah merupakan satu proses yang memasukkan artikel anda kedalam search engine. Tanpa melakukan indeks ini berkemungkinan Search Engine akan sukar menjumpai artikel anda. Proses ini dikira sebagai pendaftaran makluman bahawa anda ingin menayangkan Entry anda pada search engine
5) Links
  • Terdapat dua jenis link yang ada iaitu internal link dan eksternal link. Internal link bermaksud sesuatu link yang berada didalam blog atau website anda
  • Manakala Eksternal link pula bermaksud, Sesuatu link yang berada diluar blog atau website anda. Eksternal link ini juga merupakan satu link yang positif untuk blog kita. Sebab apa? Kerana link eksternal ini adalah sesuatu link yang menjurus masuk kepada halam website atau blog kita.
6)  Apa Yang Dikaitkan Dengan Rel = 'Author' ini ?
  • Rel Author ini sebagai tanda bahawa andalah merupakan pemilik sesebuah artikel. Ini juga membolehkan kita untuk sentiasa berkaitan dengan Google+ anda sendiri
7) Rel Canonical dan Fungsinya
  • Ini amat penting bagi kita dalam kes-kes menangani masalah peniruan hak cipta. Masalah ini selalu terjadi pada pencarian search engine. Kerana didalamnya memiliki benyak peniruan hak cipta maka dengan adanya Rel Conical ini Search Engine akan sentiasa memastikan  bahawa setiap apa yang anda keluarkan akan berada diatas dari pihak yang tidak bertanggungjawab.
8) Apa Itu Redirect
  • Bagi sesetengah URL dalam blog kita ada yang tidak berfungsi maka kita harus menjadi jalan untuk menyelesaikan masalah ini. Jika masalah ini sentiasa berlanjutan maka anda akan miliki reputasi buruk.
9) Pentingnya Anchor Teks Anda
  • Anchor teks amat penting dalam meningkatkan posisi blog anda. Selain itu juga, ia mampu mengoptimasikan  link anda dengan relevan.
10) Maksud Tag Pada Tajuk Anda.
  • Pastikan bahawa anda memilih tajuk yang unik, Pemilihan tajuk yang unik akan menyebabkan pencarian yang mudah untuk blog anda.

Blog ini diwujudkan untuk informasi tentang android. kami juga memberikan sedikit tutorial yang pernah kami lakukan sebelum ini sebagai panduan untuk anda. Selain itu juga kami menyajikan dengan tulisan-tulisan info kepada anda, berita dan sebagainya. Blog berasal dari Malaysia ini juga merupakan salah satu blog yang sedang menaik.

Jom Kongsikan

Related Posts

Previous
Next Post »

2 comments

comments
27 Mei 2015 7:47 PG delete

Ya benar, saya juga setuju opini Mas di atas. SEO memang sangat penting untuk blog dan sangat dianjurkan

Reply
avatar
5 Oktober 2016 11:35 PTG delete

SEO adalah elemen terpenting untuk sebuah blog ....kalau menurut saya

Reply
avatar