Teknik Penipuan Jin Yang Wajib Anda Ketahui !!

                        

Allah S.W.T melarang hamba-hambanya  daripada meminta bantuan jin dan berhubung dengannya. Kerana manusia yang diciptakan Allah S.W.T adalah merupakan khalifah di bumi ini. Jadi tidak akal jika manusia meminta bantuan dan pertolongan daripada jin. Ini kerana jin yang ingin memberikan pertolongan mereka akan menetapkan pelbagai syarat sehingga menyebabkan manusia itu tidak mempercayai kekuasaan Allah S.W.T akhirnya menjadi sesat.

Banyak cara-cara untuk jin untuk menyesatkan manusia sekali gus menyebabkan kita dilaknat oleh S.W.T. Tidakkah ini amat merugikan manusia itu sendiri? Oleh itu mari kita lanjutkan lagi dengan bagaimana cara-cara dan tipu daya jin dalam menyesatkan manusia.

1) Mengaku bahawa mereka tidak akan mengacau manusia
2) mengaku membantu manusia khususnya dalam beribadah
3) Mengaku boleh membantu manusia dalam pencarian rezeki.
4) Mengaku boleh membantu manusia daripada serangan syaitan
5) Mengaku boleh membantu manusia daripada kezaliman manusia sendiri.
6) Mengaku boleh menolak segala benda yang tidak di ingini seperti bencana malapetaka dan sebagainya
7) Mengaku mampu menjaga kesihatan manusia daripada pelbagai penyakit.
8) Mengaku dirinya daripada bukan golongan syaitan
9) Mengaku boleh melihat Syaitan
10) Mengakui mencintai manusia itu kerana ibadahnya.


Penipuan jin itu akan senang terbongkar ketika dibacakan ayat-ayat Al-Quran tentang munafiqin dalam Surah Al-Baqarah dan beberapa surah yang lain seperti Surah An-Nisa ayat 56 dan 115, Ayat kursi dan ayat-ayat yang lain yang menjelaskan Murka Allah bagi manusia dan jin yang bertentangan dengan ajaran dan perintah-Nya.


Manusia amat sekali dilarang oleh Allah S.W.T meminta pertolongan daripada jin. Kerana manusia sebagai khalifah dimuka bumi merupakan satu makhluk yang Allah tetap lebih kuat berbanding dengan makhluk jin. Oleh itu jangan kita mudah ditipu dan diperdaya oleh golongan jin ini.. Selain merugikan diri sendiri ia juga mengundang kemarahan Allah S.W.T terhadap diri kita.

Blog ini diwujudkan untuk informasi tentang android. kami juga memberikan sedikit tutorial yang pernah kami lakukan sebelum ini sebagai panduan untuk anda. Selain itu juga kami menyajikan dengan tulisan-tulisan info kepada anda, berita dan sebagainya. Blog berasal dari Malaysia ini juga merupakan salah satu blog yang sedang menaik.

Jom Kongsikan

Related Posts

Previous
Next Post »