Tips dan Cara Menggunakan Smartphone Anda

                             Smartphone anda patut ada

Smartphone adalah jenis gadget yang membolehkan anda membuat panggilan, menghantar sms dan memiliki Feature-feature yang lain yang sangat menakjubkan. Ia mampu merasakan kecanggihan dunia moden yang kita alami sekarang. Kecanggihan dunia kini telah membantu dalam pelbagai aspek termasuk dalam aspek peribadi kita. Oleh sebab itu pengeluaran smartphone dikeluarkan secara besar-besaran oleh syarikat pengeluaran smartphone itu sendiri demi memenuhi permintaan pelangganya.

Disebabkan itu, ramai yang masih tidak mengetahui tentang tips-tips yang kita patut kita tahu apabila kita memiliki smartphone. Dengan tips-tips yang bakal dikongsi ini diharapkan dapat membantu kita dalam penggunaan smartphone khususnya bagi Androiders. Antara tips yang berguna ialah seperti dibawah berikut.

                         Disable Mobile Data androiders exp  

1) Kita Boleh Matikan Notifikasi App
Pernah anda merasa kusut pada sesetengah aplikasi android dengan notifikasi yang kerap muncul pada smartphone anda? Tahukah anda bahawa notifikasi aplikasi itu sebenarnya cuma menghabiskan penggunaan bateri smartphone anda. Anda ingin mematikannya? disini ada cara iaitu dengan menekan lama pada notifikasi tersebut lepas itu Tekan pada  App info > Hilangkan Tanda tick > Tekan Ok

                Disable Mobile Data androiders exp   

2) Selalu Disabled kan Data Anda
Apabila anda tidak menggunakan internet pada smartphone anda. Anda digalakkan supaya Disable kan data anda. Dengan cara ini anda dapat mengoptimasikan penggunaan batteri smartphone. Selain itu, Anda juga boleh menjimatkan Kuota Internet yang anda langgan daripada terus digunakan tanpa anda ketahui.

                    Disable Mobile Data

3) Anda Boleh Setkan Data Limit
Jika nada bingung tentang bagaimana cara untuk mengetahui kuota yang tinggal selepas melanggan internet anda boleh mengetahuinya dengan cara ini. disamping mengetahui jumlah kuota yang telah digunakan anda juga boleh menetapkan seberapa banyak kuota untuk anda guna dalam tempoh yang tertentu. Cara ini anda boleh lakukan dengan menekan pada Setting lepas itu anda dikehendaki menekan Data. Anda akan diberitahu andai kata penggunaan data telah mencapai pada tahap yang anda tetapkan dulu.

                androiders exp

4) Cara Mengetahui System Update Anda
Pada Androiders juga boleh mengetahui jika terdapat update pada system smartphone anda. Ini boleh digunakan jika anda memakai System Stock Rom atau rom dari kilang. System update ini amat baik kerana ia membetulkan setiap bug atau masalah yang ada pada smartphone.

                Turn Off Auto-Correction androiders exp

5) Matikan Auto Correction Pada Keyboard Smartphone Anda
Anda pening bagaimana mematikan auto correction di keyboard anda? Kadang-kadang perkataan yang tidak mengena tajuk akan keluar hasil daripada auto-correction ini. Cara untuk mematikan auto-correction ini ialah dengan pergi ke Setting setelah itu tekan pada Language & Input. Tekan pada keyboard yang anda gunakan contohnya Google keyboard, cari auto correction bila jumpa hilangkan auto correction dengan menekan Off.

Segala kenyataan ini mungkin akan berubah jika terdapat Update pada Smartphone anda. Dengan tips yang ditulis diatas berguna bagi Androiders Operating System Ice Cream Sandwich dan ke atas.

Blog ini diwujudkan untuk informasi tentang android. kami juga memberikan sedikit tutorial yang pernah kami lakukan sebelum ini sebagai panduan untuk anda. Selain itu juga kami menyajikan dengan tulisan-tulisan info kepada anda, berita dan sebagainya. Blog berasal dari Malaysia ini juga merupakan salah satu blog yang sedang menaik.

Jom Kongsikan

Related Posts

Previous
Next Post »