Tips Diet Yang Betul Bagi Ibu Mengandung


tips diet terbaik

Semua pasangan yang sudah berkahwin amat menanti-nantikan kehadiran "Orang Baru" dalam sistem rumah tangga mereka. Apabila wanita itu hamil rata-rata wanita itu akan mengalami kenaikkan berat badan yang mendadak sekitar 10-15 kg. Oleh itu diet dengan cara yang betul adalah jalan penyelesaian bagi wanita yang mengalami kenaikkan berat bada ketika mengandung.

Wanita yang mengandung memerlukan pengambilan makanan yang lebih, berbanding ketika wanita belum mengandung kerana pengambilan makanan lebih sedikit itu untuk kandungan bayi dalam perut. Ketika hamil diet yang boleh dilakukan oleh wanita mengandung ialah menjaga cara pemakanan iaitu memakan makanan yang mencukupi.

Wanita yang mengandung ketika tiga bulan pertama tidak sedar akan penambahan berat badan mereka, sebaliknya, mereka akan sedar pada 6 bulan dan barulah mereka akan mengetahui bahawa berat badan sudah meningkat mendadak.

Peningkatan berat badan mendadak adalah disebabkan pengambilan makan yang tidak terurusdan berlebihan. Wanita yang mengandung juga disarankan supaya mengambil makanan yang seimbang dan terurus

Oleh itu terdapat beberapa Diet yang boleh dilakukan ketika wanita itu mengandung untuk menjaga  berat badannya

                 
1) Buat Senarai Menu Makanan Anda
Buatlah senarai menu makanan harian yang anda rancang untuk memenuhi keperluan badan kita. Faedah merancang menu masakkan ini kita dapat memenuhi keperluan apa yang penting didalam masakkan kita supaya tidak menyebabkan berat badan kita bertambah.

                        

2) Banyakan Makan Makanan Kandungi Tinggi Serat
Banyakkan makan makanan tinggi serat seperti sayur dan buah-buah. Makanan tinggi serat ini banyak manfaat antaranya ialah melancarkan sistem pencernaan dalam badan  kita. Cuba Elakkan makan makanan yang tinggi gula dan banyak lemak.


3) Minum Air Putih Yang Secukupnya
Kita digalakkan supaya minum air putih 8 kali sehari untuk kesihatan yang lebih baik agar tidak mengalami hidrasi Selain itu juga, Air putih ini boleh menghilangkan rasa lapar. Contohnya, bila anda sudah merasa lapar ketika belum waktu makan untuk mengawal berat badan anda ketika mengandung anda digalakkan supaya minum air putih sebagai alternatif untuk menghilangkan rasa lapar.

                         

4) Banyakkan Makan Makanan Rebus Atau Kukus Berbanding Yang Berminyak
Pengambilan makanan rebus dan kukus ini boleh menghadkan kita daripada pengambilan makanan yang berminyak. Makanan yang berminyak merupakan sumber lemak yang menyebabkan berat badan anda ketika mengandung menaik.

                       

5) Sarapan Ketika Pagi
Ketika hamil nutrisi yang banyak amat diperlukan ibu dan anaknya. Untuk itu, Pengambilan sarapan amat penting bagi ibu mengandung bukan setakat untuk dirinya malahan untuk dikandungnya juga. Jika tidak mengambil sarapan pada waktu pagi akan menyebabkan ibu yang mengandung akan mengambil makanan yang berlebihan disiang hari. Ini akan menyebabkan penambahan berat badan akan berlaku.

Blog ini diwujudkan untuk informasi tentang android. kami juga memberikan sedikit tutorial yang pernah kami lakukan sebelum ini sebagai panduan untuk anda. Selain itu juga kami menyajikan dengan tulisan-tulisan info kepada anda, berita dan sebagainya. Blog berasal dari Malaysia ini juga merupakan salah satu blog yang sedang menaik.

Jom Kongsikan

Related Posts

Previous
Next Post »