Tips Persediaan Temuduga SPA Terkini

 

Semakin kehadapan ekonomi Malaysia sekarang maka semakin banyak tenaga kerja yang diperlukan oleh negara Malaysia. Tidak kira sektor apa sekali pun tenaga kerja ini masih diperlukan. Contohnya disektor awam banyak sekali panggilan-panggilan temuduga yang dilakukan oleh pihak SPA Malaysia untuk memanggil orang awam untuk mengikuti kursus dan seterusnya menjadikan mereka yang dipanggil untuk berkhidmad disektor awam

Namun, banyak panggilan temuduga yang dilakukan oleh pihak SPA hanya segelintir yang akan lulus. Ini menunjukkan pihak kerajaan amat komited dalam pemilihan pekerja untuk berkhidmad disektor awam. Pada kebanyakkannya, mereka gagal dalam temuduga yang dianjurkan oleh pihak SPA itu sendiri. Kali ini saya akan berkongsi tentang tips-tips semasa Temuduga agar para pembaca akan membuat persediaan yang rapi untuk lulus dalam temuduga masing-masing.

tips temuduga spa

Tips Semasa Temuduga

  • Anda haruslah datang lebih awal ke lokasi temuduga iaitu kira-kira sejam lebih awal.
  • Apabila anda dipanggil masuk maka berilah salam kepada penemuduga anda. Jangan dulu duduk kekerusi melainkan anda disuruh duduk oleh mereka.
  • Penemuduga akan bertanyakan soalan kepada anda, jadi anda haruslah fokus mendengar soalan yang diajukan oleh penemuduga anda.
  • Jika terdapat kurang faham tentang soalan yang diajukan oleh penemuduga anda, maka mintalah penjelasan supaya anda lebih memahami soalan yang diajukan oleh penemuduga anda.
  • anda haruslah menjaga adab sopan anda dihadapan panel penemuduga.
  • Matikan telepon anda atau tukarkan kepada mod senyap.
  • Elakkan memberi jawapan simpati kepada penemuduga anda
  • Gunakanlah bahasa Melayu dan jangan gunabahasa ibunda negeri masing.
  • Bercakaplah dengan jujur tentang apa yang anda katakan kepada penemuduga anda
  • Sentiasa senyum dan elakkan daripada expresi muka anda terlalu serius.
  • Pastikan anda memandang para penemuduga anda. Jika tiba-tiba ada perasaan gugup, pandanglah kedahi mereka.
  • Apabila sesi temuduga sudah habis ucaplah terima kasih kepada mereka.
Baca Ini juga > Tips Bercakap Dikhalayak Ramai

Dengan tips-tips diatas sedikit-sebanyak akan membantu anda untuk lulus temuduga anda. Selain itu juga, banyakkan berdoa kepada Tuhan agar kita diterima dan lulus temuduga yang telah kita jalankan.

Blog ini diwujudkan untuk informasi tentang android. kami juga memberikan sedikit tutorial yang pernah kami lakukan sebelum ini sebagai panduan untuk anda. Selain itu juga kami menyajikan dengan tulisan-tulisan info kepada anda, berita dan sebagainya. Blog berasal dari Malaysia ini juga merupakan salah satu blog yang sedang menaik.

Jom Kongsikan

Related Posts

Previous
Next Post »