5 Launcher Android Yang Menarik Patut Anda Cuba

Memiliki sebuah smartphone Android, anda mempunyai banyak kelebihan boleh anda lakukan. Anda boleh mengubah suai tema smartphone anda dengan mudah dan kelihatan lebih menarik. Anda jangan risau, tidak semua pengubahsuaian android smartphone anda memerlukan akses root sebaliknya anda boleh mengubahnya tanpa perlunya akses root.

5 launcher menarik


Pada kali ini ExpanDroiders akan memberikan berkongsi sedikit sebanyak berkaitan tema smartphone yang menarik perlu kamu cuba. Anda boleh merasai perubahan yang cantik serta menarik jika anda memasang tema baru dan boleh memilih mana satu yang korang suka dan pasang pada smartphone anda.

5 Android Launcher Yang Perlu Kamu Cuba

Launcher-launcher ini kamu boleh dapati di Google PlayStore. Muat turun dan pasangkanya seperti biasa dan rasakan kelebihan launcher tersebut. :)


1) MIUI Launcher
  • MIUI Launcher ini dibuat oleh seorang Developer Android di Forum Xda Developers. Launcher ini juga menyediakan lebih 3,400 icon aplikasi yang menyerupai aplikasi-aplikasi anda. MIUI Launcher ini juga adalah bayangan daripada MIUI Rom yang di kembangkan oleh Xiomi brand. Launcher yang mempunyai persamaan dengan IOS ini adalah launcher No.1 yang patut anda cuba dahulu kerana ianya terbukti ramai yang menyukainya.

1) Smart Launcher
  • Sesuai dengan trademarknya iaitu " Simple, Light , Fast " memang tidak disangkal lagi. Selain mempunyai tema yang agak cantik dan menarik. Ianya juga tema yang paling ringan sekali iaitu mempunya saiz yang kecil dan menjimatkan penggunaan RAM smartphone anda. Smart Launcher ini terbukti antara yang terbaik dalam pemilihan tema yang sederhana tetapi mempunyai kualiti antara yang terbaik.

3) M Launcher
  • M Launcher ini juga tidak kurang hebatnya dalam kecantikan dan kelebihanya. Pada asasnya M Launcher ini mempunyai gabungan dengan Android Lolipop dan Android M. Jika anda ingin merasai sedikit sebanyak berkenaan dengan Android M ini. Anda boleh mencuba dan merasainya sendiri hanya dengan M Launcher ini. Mempunyai kelebihan-kelebihan yang tersendiri seperti menyembunyikan aplikasi, membuat folder baru dan macam-macam lagi. Anda boleh mencubanya hanya memuat turun dari Google PlayStore 

4) S Launcher
  • Haa.. S Launcher ini diadaptasikan dengan Stock Themes iaitu TouchWiz Launcher yang dipakai oleh semua brand Samsung. Tidak mempunyai jauh perbezaan dengan stock themes Samsung Galaxy. Mempunyai lebih dari 5000 icon pack. Memberikan anda status bar yang sama dengan Samsung Galaxy S5 dan S6. Memamng menarik anda juga boleh mencuba yang ini.

5) Go Launcher
  • Launcher ini juga agak unik. Anda boleh mengebuah dan mencantikan themes anda dengan menggunakan Go Launcher ini. Launcher ini juga mempunya store yang tersendiri dan seudah tentu membuatkan ia lebih unik dari yang lain. Kerana anda boleh memuat turun Launcher-launcher yang cantik sesuai dengan cita rasa anda di Store Go Launcher ini sendiri. Mmpunyai kelebihan menyembunyikan aplikasi, mengunci smartphone, dan banyak lagi kelebihan yang menarik buat anda.

Baca Juga >> Tutorial Membuat 2 Akaun Insta Dalam Satu Handphone

Kelima-lima launcher ini anda boleh dapati di PlayStore secara percuma dan mudah digunakan tidak memeningkan anda.. Jika anda ingin download direct ke playstore, sila tekan nama launcher untuklebih mudah.  Dengan itu, demikianlah sedikit perkongsian kita pada kali ini. Jangan lupa untuk membaca entry-entry kami yang lain ya dan sertakan "Like" pada fanpage Facebook kami. Sekian Terima Kasih

Blog ini diwujudkan untuk informasi tentang android. kami juga memberikan sedikit tutorial yang pernah kami lakukan sebelum ini sebagai panduan untuk anda. Selain itu juga kami menyajikan dengan tulisan-tulisan info kepada anda, berita dan sebagainya. Blog berasal dari Malaysia ini juga merupakan salah satu blog yang sedang menaik.

Jom Kongsikan

Related Posts

Previous
Next Post »