Cara Berkesan Memperbaiki Kerosakkan Bluetooth Smartphone


cara memperbaiki blutooth yang error


Cara Berkesan Memperbaiki Kerosakkan Bluetooth Smartphone - Salah satu kelebihan smartphone ialah mempunyai bluetooth. Bluetooth amat meluas digunakan oleh semua orang dalam bidang teknologi gajet ini. Apa itu bluetooth? Blue tooth ialah sebuah teknologi yang menggunakan frekuansi radio untuk menghubungi gajet lain. contohnya, smartphone ke smartphone yang lain, Komputer ke printer dan banyak lagi.

Pada zaman ini bluetooth amat meluas digunakan bagi pengguna gajet, ini kerana ia membolehkan kita memindahkan data-data smartphone hanya menggunakan bluetooth sahaja. contoh file yang boleh dipindahkan ialah lagu, gambar, file apk dan macam-macam lagi. Kadang-kadang smartphone kita juga mengalami masalah bluetooth seperti tidak dapat guna dan gagal melakukan pairing ke smartphone yang lain.

Baca juga >> Cara Memperbaiki "Not Registered On Network" Samsung Galaxy

Semakin cepat masa berlalu maka semakin banyak smartphone yang mempunyai ciri-ciri berbeza-beza. Sebab itulah anda mungkin mengalami masalah bluetooth pada smartphone anda. Sebagai contoh, setiap jenama smartphone mempunyai keunikan yang tersendiri dan hal ini menyebabkan siri-siri bluetooth pada smartphone anda mungkin mempunyai perbezaan terhadap jenama yang lain.

Masalah ini juga sering berlaku kepada seseorang yang meminati menukar rom ke Custom Rom. Semuanya akan nampak seperti biasa sehinggalah kita mencuba untuk bluetooth dan ternyata kita mempunyai masalah bluetooth ketika itu. Perkara ini mungkin akan menyukarkan kita ketika itu sehinggalah kita cuba untuk menukar Custom Rom yang lain atau balik kepada Stock Rom. Tetapi anda perlu ketahui juga anda juga boleh mencuba beberapa perkara untuk membolehkan bluetooth anda boleh digunakan. ikuti arahan dibawah.

Cara Memperbaiki Masalah Blutooth Pada Smartphone

 1) Menggunakan Clear Cache
  • Memadam cache yang terdapat dalam aplikasi bluetooth anda. Kegunaan cache ini ialah mempercepatkan atau memudahkan sesuatu apps itu apabila ia dibuka. Cache ini secara automatik tersimpan dalam setiap aplikasi. Walaubagaimanapun, berkemungkinan cache juga antara salah satu faktor bluetooth anda tidak dapat digunakan. anda boleh masuk setting > apps > All Apps > Bluetooth untuk clear cache bluetooth anda
2) Melalui Clear Data
  •  Cuba clear data pada aplikasi blutooth anda. Caranya sebiji macam cara pertama tadi, cuma membezakan ia ialah anda haruslah memadam data yang ada pada aplikasi itu.
3) Cuba Reboot Smartphone Anda 
  • Cuba matikan smartphone anda selama beberapa minit. Jangan lupa cabut juga batri smartphone anda. Setelah habis beberapa minit, pasangkan kembali batri dan buka smartphone yang anda matikan tadi dan cuba semula untuk melihat hasilnya.
4) Melalui Factory Reset 
  • Kelebihan factory reset ialah ia mampu memulihkan system dalaman smartphone anda yang telah rosak. Perlu diingatkan bahawa sebelum anda melakukan factory reset anda perlu mem-backup terlebih dahulu data-data yang ada dalam smartphone anda. Perkara ini akan mengelakkan anda daripada terpadam data-data yang penting dalam smartphone anda. backup email, mesej, gambar dan lain-lain yang penting terdapat dalam internal memori smartphone.
Baca juga >>  Cara Memeriksa Sama Ada Kamera Smartphone Anda Rosak Atau Tidak

Berikut adalah Cara Memperbaiki Masalah Bluetooth Smartphone anda yang boleh anda ikuti dengan mudah dan senang. Semoga anda memahami apa yang ditulis dan berjaya dalam menyelesaikan masalah bluetooth dismartphone anda. Jangan lupa untuk membaca post yang lain untuk menambah pengetahuan anda dalam android troubleshooting ini.. Sekian Terima kasih..

Blog ini diwujudkan untuk informasi tentang android. kami juga memberikan sedikit tutorial yang pernah kami lakukan sebelum ini sebagai panduan untuk anda. Selain itu juga kami menyajikan dengan tulisan-tulisan info kepada anda, berita dan sebagainya. Blog berasal dari Malaysia ini juga merupakan salah satu blog yang sedang menaik.

Jom Kongsikan

Related Posts

Previous
Next Post »