Cara-Cara Memperbaiki Masalah Wifi Android Yang Selalu Error

Cara-Cara Memperbaiki Masalah Wifi Android Yang Selalu Error – Internet memang sukar untuk dipisahkan dari kehidupan seharian kita pada masa ini kerana pelbagai maklumat harian boleh kita capai hanya melalui internet sahaja. Begitu juga dengan smartphone, Walau secanggih mana pun smartphone kita, tapi jika tiada internet maka sunyilah smartphone kita ketika itu. Kita mungkin memakai smartphone itu ketika hanya mengambil gambar, mendengar lagu dan lain-lain. Tapi sebaliknya jika mempunyai internet mungkin kita akan lebih advance menggunakannya seperti mendengar lagu online, melihat Youtube, berinteraksi disosial media dan macam-macam lagi yang boleh kita buat hanya melalui internet.
Internet pada smartphone dibahagikan kepada dua jenis iaitu Internet melalui Packet Data dan Melalui Wifi. Internet paket data ini mudah digunakan dan jarang sekali terdapat masalah. Jika dibandingkan dengan wifi, Kadang-kadang banyak masalah yang kita dapat seperti tidak dapat mengaksesnya, wifi tidak berfungsi dan selebihnya. Pada kali ini Kita akan bahaskan Cara-Cara Memperbaiki Masalah Wifi Android Yang Selalu Error pada smartphone.

Banyak cara sebenarnya untuk memperbaiki Masalah Wifi Android Yang Selalu Error ini. Untuk memaksimmkan penggunaan internet anda khususnya wifi anda haruslah melakukan perkara-perkara yang dinyatakan dibawah ini.

1) Cuba Restart Smartphone Anda

  • Mematikan dan hidupkan semula Setting Wifi Smartphone anda. Jika masih wifi anda tidak berfungsi maka Restart smartphone anda melalui power off button yang ada pada smartphone anda. Masalah ini selalu berlaku ketika anda sedang khusyuk menggunakan internet tetapi secara tiba-tiba sambungan internet wifi anda terputus. Cara ini mungkin akan membantu anda untuk menyambung semula sambungan yang telah terputus tadi.

2) Cuba Pada Smartphone Yang Lain

  • Jika smartphone anda tidak dapat dihubungkan dengan wifi intenet dirumah atau dimana-mana. Cuba akses wifi tersebut menggunakan smartphone lain dengan meminjam smartphone keluarga atau rakan anda untuk mencuba bahawa sebenarnya itu merupakan masalah wifi tersebut atau masalah smartphone anda itu sendiri. Jika anda mendapati bahawa masalah ini berpunca dari smartphone anda. Jadi jawabnye kena hantar pergi kedailah untuk memperbaikinya semula agar smartphone anda itu mampu menyambung wifi.

 Baca Juga >> Cara Memeriksa Sama Ada Kamera Smartphone Anda Rosak Atau Tidak

3) Sila Cuba Set Statik iP Pada Smartphone

  •  Satu lagi cara yang anda boleh cuba iaitu dengan menetapkan Set Statik IP. Anda boleh menukar IP Address anda kepada statik. Cara ini mungkin dapat membantu anda yang kerap error dalam penyambungan signal wifi anda. Caranya boleh dilihat dibawah
  • Buka Setting wifi smartphone anda.
  •  Pilih Wifi yang anda ingin disambung dan tap wifi itu sehingga keluar Modify Network Config dan tap padanya
  • Pilih Advance kemudian jika terlihat Show Advance tap padanya juga
  • Ubahkan DHCP kepada Statik
  • Kemudian pada ip ganti pada nombor terakhir kepada nombor bebas dan buat secara berterusan hingga berjaya.

4) Lakukan Forget Password

  • Kadang-kadang jika kita masuk dalam lingkungan wifi, smartphone kita secara sendirinya melakukan sambungan kepada wifi yang dikesan olehnya dan mungkin wifi tersebut sudah mempunyai password yang telah diubah. Jadi caranya ialah anda haruslah Forget terlebih dahulu password wifi itu pada setting dan isi semula password yang telah ditukar.

Demikianlah post Cara-Cara Memperbaiki Masalah Wifi Android Yang Selalu Error ini berakhir. Semoga dengan bantuan ini dapat memudahkan anda sebagai rujukkan untuk mengatasi masakah ini. Jika anda rasa senang jemput baca artikel kami yang lain ya. Jika ada sebarang makluman jangan segan-segan untuk contact kami pada halaman Contact kami ye. Sekian Terima Kasih

Post a Comment

Cara Memperbaiki “Not… Cara Membuka Kunci…