Cara Elakkan Malware Pada Smartphone Android

Cara Mengelakkan Malware Pada Smartphone Android Anda - Malware adalah file yang diciptakan untuk merosakkan atau mengganggu sistem yang terdapat dalam komputer atau smartphone anda. Dalam golongan malware ini juga terdapat seperti virus, spyware, Trojan dan lain-lain. Adakah anda sudah mengambil langkah berjaga-jaga untuk smartphone anda? Apabila Malware sudah bertapak pada smartphone anda ia membolehkan data-data yang anda simpan boleh dicuri. merosakkan system dalaman dan melakukan aktiviti aneh secara sendiri.

cara elakkan pada android


Smartphone yang menggunakan Android sebagai operasi utama adalah menjadi sasaran bagi golongan yang tidak bertanggungjawab untuk menjalankan aktiviti penyebaran Malware ini. Namun, Walaupun penyebaran Malware amat berleluasa tetapi anda boleh mengelakkannya daripada terkena tempias Malware ini. ExpanDroiders akan memberikan beberapa Tips Mengelakkan Malware Pada Smartphone Android dan anda boleh semak dibawah.

1) Jangan Install Dan Muat Turun Aplikasi Dari Sumber Yang Tidak Diketahui
  • Aplikasi yang tidak diketahui sumbernya tidak diketahui ini pada kebanyakkanya mengandungi Malware akan merosakkan data-data dan mencuri maklumat yang ada terselit pada smartphone kamu.. Setakat ini cuma ada dua sumber muat turun aplikasi Android yang boleh dipercayai iaitu Google PlayStore dan Amazon Apps Store. Selain dari kedua sumber ini jika anda ingin membuat proses muat turun aplikasi anda haruslah berfikir dahulu dan pastikan ianya selamat untuk anda gunakan.
2) Fahami Info Permision Aplikasi Tersebut Sebelum Muat Turun
  • Permission adalah penting bagi keterangan keseluruhan sebuah aplikasi. Anda semak terlebih dahulu keterangan yang tertulis dalam permission tersebut. Jangan main hentam jer pasang aplikasi kedalam smartphone anda. Jika permission yang tertulis agak mencurigakan jangan pasang aplikasi tersebut kerana berkemungkinan ianya mempunyai Malware yang merosakkan.
3) Semak Review Dan Rating
  • Sebelum anda memuat turun apa jua aplikasi, disarankan supaya anda menyemak dahulu komen dan rating pengguna lain. Dengan ini anda boleh mengetahui lebih sedikit dengan informasi baik atau buruk dari pengguna lain.
4) Jangan Root Smarphone Android Anda.
  • Salah satu keburukkan apabila smartphone anda sudah mempunyai akses root ialah mengundang malware untuk bertapak pada smartphone anda. Root smartphone anda juga mampu menghilangkan  model security serta tidak memberi amaran terdapat malware pada sesuatu aplikasi. Dengan ini akan membantu penyebaran Malware dengan lebih scepat dalam smartphone anda.
5) Pasang Aplikasi Antivirus Pada Smartphone Anda.
  • Pastikan anda sudah memasang Antivirus kedalam smartphone anda. Aplikasi Antivirus juga membantu anda untuk mengesan sama ada terdapat malware dalam smartphone anda atau tidak. Jadi untuk lebih selamat pasanglah antivirus.
Baca Juga >> Cara Mengesan Smartphone Anda Terkena Heartbleed Bug

Dengan itu berakhirlah perkongsian pada kali ini. Semoga bermanfaat dan tidak menjadi mangsa oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Jangan lupa juga untuk baca artikel yang lain untuk mengetahui maklumat yang selanjutnya. Sekian Terima Kasih

Blog ini diwujudkan untuk informasi tentang android. kami juga memberikan sedikit tutorial yang pernah kami lakukan sebelum ini sebagai panduan untuk anda. Selain itu juga kami menyajikan dengan tulisan-tulisan info kepada anda, berita dan sebagainya. Blog berasal dari Malaysia ini juga merupakan salah satu blog yang sedang menaik.

Jom Kongsikan

Related Posts

Previous
Next Post »

1 comments:

comments
4 Disember 2016 7:18 PTG delete

terima kasih perkongsiannya tuan ... saya jadi tahu untuk mengelakkan malware pada smartphone

Reply
avatar