Whatsapp adalah samtu aplikasi messaging amat popular digunakan di negara Malaysia kerana aplikasi ini amat mudah dan senang sekali untuk digunakan. Baru-baru ini pihak Developer whatsApp menyediakan lagi kelebihan menarik untuk digunakan oleh para pemakai aplikasi ini iaitu anda boleh membuat panggilan secara percuma tanpa dicaj sebarang kredit operator anda.
Ini sangat memudahkan bagi para pemakai aplikasi ini kerana kelebihan yang baru diterapkan dalam aplikasi ini dapat membantu mereka membuat panggilan secara percuma. Jadi tidak hairanlah kenapa aplikasi mesasaging ini lebih ramai pengguna dan menjadi pilihan utama dinegara Malaysia ini.
Namun begitu, masih ada yang tidak menggunakan kelebihan ini bahkan bagi sesetengah pihak menganggap kelebihan ini sebagai satu “Spam” kepada mereka. Kerana ramai yang telah terkena dan ada yang membuat panggilan orang yang tidak dikenali oleh mereka sendiri. Kejadian ini sering kali berlaku apabila seseorang peniaga online yang menggunakan khidmat Whatsapp ini sebagai medium perhubungan mereka dengan pelanggan.
Tanpa banyak berbicara lagi kami akan memberikan sedikit tips yang berguna kepada anda yang mahu block kelebihan panggilan percuma ini dan tetap fokus kepada pesanan sahaja.
Tutorial Membuat Block Pada Whatsapp Call

Dibawah ini adalah cara-cara yang mudah untuk membuat block pada WhatsApp Call Feature ini. Perlu di ingatkan bahawa aplikasi ini hanya berfungsi kepada Android Kit Kat dan keatas SAHAJA
- Muat turun Aplikasi Disable Whastapp Call ini di Google PlayStore
- Buka aplikasi Disable WhatsApp Call
- Centeng pada service dengan tap padanya.
- Kemudian akan muncul Notification Acces Pilih pada Whatsapp Call Disabler
- Cuba membuat panggilan sama ada berfungsi atau tidak.
- Selesai!
Baca Juga >> Tips Sebelum Membeli Smartphone Baru
Demikianlah Tutorial Cara Membuat Block Whatsapp Call Paling Simple. Semoga dapat membantu anda dalam segala kesulitan berkaitan Whatsapp Call ini. Jangan lupa untuk membaca artikel yang lain ya dan Like pada Facebook Fans kami. Sekian Terima Kasih.