Cara Membuat Screen Record Video Android – Pernahkah anda terfikir bagaimana untuk merakam screen, merakam ketika anda sedang bermain game atau membuka aplikasi yang lain. ? Ya.. Pada kali ini ExpanDroiders akan memberikan tutorial berkenaan Cara Membuat Screen Record Video Android
Sesetengah aplikasi untuk Melakukan Screen Record Video Android ini memerlukan akses root amat mudah untuk mencari aplikasi seperti ini, Tetapi bagi smartphone yang tidak mempunyai root mungkin agak sukar mencari aplikasi screen record yang tidak memerlukan akses root ini.
Baca Juga >> Cara Menghindari Iklan Yang Banyak Ketika Online
Kali ini kita akan menggunakan aplikasi yang bernama AZ Screen Recorder. Aplikasi ini amat mudah digunakan dan user friendly. Ia juga tidak memerlukan akses root iaitu boleh digunakan pada smartphone yang tidak mempunyai atau belum melakukan proses root. Aplikasi ini mempunyai saiz yang kecil iaitu hanya bersaiz 1.7mb sahaja. Aplikasi ini juga telah mengumumkan bahawa penggunaan Android lollipop juga boleh menggunakan aplikasi ini tanpa sebarang masalah.
Cara Penggunaan Aplikasi AZ Screen Recorder
- Download Aplikas AZ Screen Recorder – No Root ini di PlayStore
- Buka aplikasi AZ Screen Recorder – No Root pada smartphone anda.
- Bagi memulakan rakaman anda haruslah tap pada bulatan merah yang terletak pada kiri option tersebut.
- Ketika rakaman sedang berjalan, untuk menghentikan rakaman atau berehat sekejap anda boleh slide down status bar pada smartphone anda dan tap Stop atau Pause.
- Rakaman yang telah dibuat akan secara automatik akan tersimpan pada smartphone dan sila buka video gallery atau file manager untuk melihat rakaman anda tadi.
Untuk melakukan beberapa edit atau setting video bagi kemahuan anda, anda boleh buka aplikasi AZ Recorder tadi dan tap pada setting. Antara setting yang anda boleh ubah ialah Resolution, Bit-Rate, Orientasion dan macam-macam lagi yang anda boleh lakukan melalui aplikasi ini.
Sekian itu sahaja tutorial Cara Membuat Screen Record Video Android pada kali ini yang ExpanDroiders
terangkan. Semoga anda memahami dan sentiasa mengikut setiap update post kami. Anda juga boleh membaca tips dan tutorial yang lain. Sekian Terima Kasih.