Cara Membuka Kunci Smartphone Yang Terlupa Kata Laluan

Cara Membuka Kunci Smartphone Yang Terlupa Kata Laluan – Meletakkan kata laluan pada smartphone anda adalah satu langkah yang bijak untuk melindungi privacy kita sebagai pemiliknya. Kadang kala kita tidak menduga bahawa sebenarnya ada seseorang sedang melihat dan meneroka smartphone kesayangan kita itu. Tidak apalah jika tiada file-file privacy yang terdapat pada dalamnya, tetapi jika ada? Fahami kepentingan privacy smartphone anda. Gunakan kelebihan yang ada pada android smartphone kita itu.

Kepentingan meletakkan kata laluan pada smartphone kita adalah untuk melindungi segala hal privacy berkaitan dengan gambar, mesej, chat dan sebagainya. Akan tetapi, untuk pemilihan kata laluan haruslah tepat dan mudah diingat. Tepat maksud dia disini ialah mudah dan tidak terlalu senang untuk dibocori kata laluan anda. Jangan meletakkan kata laluan yang susah untuk dingati kelak nanti mungkin kita akan terlupa akan kata laluan tersebut.

Jika anda memasukkan kata laluan yang anda sudah pilih dan telah melupakan kata laluan tersebut itu masalah. Masalah terlupa dengan kata laluan sendiri itu ramai yang pernah mengalaminya termasuk saya sendiri. Jangan terlalu risau jika anda terlupa kata laluan sendiri ada beberapa hal yang perlu anda lakukan untuk membuka kata laluan yang terlupa itu.

Cara Membuka Kata Laluan Yang Terlupa Pada Smartphone Android

Baiklah kita teruskan untuk memperbaiki masalah ini, Dibawah terdapat beberapa cara untuk kita membuka smartphne yang terlupa kata laluan,

1) Lakukan Proses Factory Reset Pada Smartphone anda
Fahamilah bahawa jika anda melakukan factory reset ini segala file anda yang berada dalam memori badan (Internal memory) smartphone anda juga akan terpadam.  Cara melakukan factory reset ialah

  • Masuk kedalam Recovery Mode masing-masing mengikut jenama smartphone anda.
  • Setelah anda memasuki recovery mode, Pilih wipe data/factory reset. Gunakan volume button untuk menggerakkan pilihan.
  • Reboot smarphone anda dan lihat hasilnya.

2) Menggunakan Sign-In Google Akaun.
Jika cara pertama tadi anda anggap susah, tidak apa kita ada cara lain lagi iaitu menggunakan akaun Google anda. caranya seperti dibawah

  • Tap pada forget password atau Lupa kata laluan.
  • Isi menggunakan maklumat email anda
  • Masukkan Email dan password email anda
  • Setelah habis mengisi apa yang dimintakan, tap pada Sign In untuk masuk.

3) Menggunakan Panggilan Ke Nombor Smartphone Yang Anda Terlupa Password
Ini disebabkan tidak dapat sign in kerana tiada sambungan internet, Cara ini tidak semua smartphone android dapat gunakan kerana ada smartphone yang sudah membuat panggilan tetapi masuk memerlukan kata laluan untuk memasuki home skrin anda. Tetapi anda boleh mencubanya juga mungkin boleh digunakan

  • Lakukan panggilan ke smarphone yang anda terlupa kata laluan tadi,
  • Jawab panggilan tersebut dan jangan matikan dahulu
  • Buka data atau wifi anda agar smartphone anda dapat disambungkan dengan internet.
  • Cuba sign in semula

Baca Juga >> Tips Cas Smartphone Yang Betul Untuk Elakkan Kerosakkn Bateri

Berikut dtiga-tiga cara diatas adalah cara untuk membuka smartphone yang terkunci. Oleh itu, berhati-hati dan cuba untuk mengingat semula kata laluan anda agar perkara seperti ini tidak terjadi lagi. Semoga bermanfaat jangan lupa untuk membaca artikel yang lain ya.

Post a Comment

Cara-Cara Memperbaiki Masalah… Cara Membuat Screen…