
Cara Memperbaiki Imei Android Yang Telah Hilang – Masalah imei yang hilang ini selalunya terjadi apabila anda sudah selesai menukar rom atau selepas anda membuat recover smartphone yang telah brick. Seperti yang sedia maklum, IMEI smartphone adalah penting bagi semua smartphone dimuka bumi ini. Imei penting kerana ia merupakan sebagai identiti smartphone yang amat diperlukan untuk melakukan fungsi-fungsi yang penting seperti membuat panggilan dan menghantar pesanan ringkas ( SMS )
Kehilangan IMEI ini juga sering dikaitkan dengan smartphone yang meggunakan ChipSet MediaTek, Kebanyakkan masalah ini selalu timbul pada smartphone berjenama Lenovo. Tapi janganlah anda risau jika anda mengalami masalah ini. ExpanDroiders akan memberikan Tutorial Berkenaan Cara Memperbaiki IMEI Android Yang Telah Hilang.
IMEI hilang biasanya akan menunjukkan bahawa simkad anda tidak berfungsi iaitu tidak mempunyai sebarang signal Line. Selain itu juga, Jika anda melakukan cek nombor baseband pada bahagian Setting nombor baseband itu turut hilang bersama IMEI smartphone anda. Untuk mengatasi masalah ini anda haruslah ikut tutorial yang diberikan dibawah perenggan ini.
Baca Juga >> Cara Merekod Screen Video Android
Tutorial Cara Memperbaiki IMEI Android Yang Telah Hilang
1) Pastikan smartphone anda mempunyai akses Root yang sempurna. Jika smertphone anda belum mempunyai akses Root, maka root lah terlebih dahulu smartphone anda. Boleh baca disini tentang bagaimana Cara Root Smartphone Anda Tanpa PC.
2) Download Terminal Emulator untuk android anda terlebih dahulu di PlayStore
3) Buka Back cover smartphone anda dan keluarkan bateri. Cari No IMEI anda pada belakang smartphone anda kemudian catat no IMEI yang tetera untuk langkah selanjutnya. PAstikan IMEI yang anda tulis itu sama seperti apa yang dicatatkan dibelakang smartphone anda. Atau Anda boleh tuliskan IMEI yang terdapat pada kotak Smartphone anda.
4) Open Terminal Emulator yang anda telah Download tadi.
5) Berikan akses Root terhapapnya iaitu jika keluar SuperSU maka Accept sahaja atau Grant Permission.
Baca Juga >> Cara Mengelakkan Smartphone Anda Lagg
6) Tuliskan pada Terminal Emulator itu seperti text tertera dibawah ini.
Untuk SIM 1 / IMEI 1 : echo ‘AT+EGMR=1,7,”IMEI ANDA DISINI“‘ >/dev/pttycmd1
Untuk SIM 2 / IMEI 2 : echo ‘AT+EGMR=1,10,”IMEI ANDA DISINI“‘ >/dev/pttycmd1
Berikut adalah tutorial mudah yang ExpanDroiders berikan untuk kali ini tenetang Tutorial Mengembalikan IMEI Android Yang Telah Hilang. Semoga ia bermanfaat dan dapat membantu anda dalam menyelesaikan masalah anda. Jangan lupa Like Fan Page kami sebagai tanda sokongan anda terhadap kami. Sekian Terima Kasih