Cara Mendapatkan Backlink Yang Berkualiti

SEO dan backlink memang tidak dapat dipisahkan lagi bagi seorang blogger. Tetapi masih ramai yang tidak mememahami maksud apa itu backlink sebenarnya. Pada pendapat saya, backlink itu bermaksud sebuah text link dari website atau blog lain yang menuju kepada blog anda. Apa sebenarnya kaitan backlink dengan seo offpage? sebentar lagi kita akan mengupas satu persatu tentang bagaimana dan sebab apa backlink itu sangat diperlukan.

cara mendapatkan backlink berkualiti


Seperti yang dikatakan sebentar tadi, backlink amat berkait rapat dengan seo off page. Kesan daripada backlink ini akan membuatkan blog atau website kita popular dimata search engine seperti Google, Bing, Yahoo dan lain-lain search engine juga. Sesebuah blog memiliki backlink yang banyak sudah tentu mudah baginya untuk mendapat posisi SERP yang terbaik ketika carian dibuat. Jadi mendapat posisi yang yang terbaik dimata search engine ini akan membuatkan blog anda semakin ramai pengunjung yang datang ke blog anda.

Untuk mendapatkan backlink ada beberapa cara yang perlu diambil. Antara cara yang mudah ialah membeli baclink dari website-website yang menawarkannya, cara ini juga selalu digunakan oleh para newbie blogger. Tetapi cara membeli backlink ini mempunyai risiko yang tersendiri. Sebagai contoh jika backlink yang anda beli mempunyai kualiti yang kurang, berkemungkinan blog anda juga tersenarai spam oleh search engine. Anda harus berhati-hati dalam membina backlink ini, kerana memperoleh backlink yang secara "instant" atau mengejut dengan jumlah yang banyak juga mempengaruhi status blog anda.

Cara Mendapatkan Backlink Yang Berkualiti Dan Terbaik

Jadi sedarkah anda tentang pentingnya backlink yang berkualiti kepada blog anda sekarang? Kemudian, cara apa sebenarnya yang terbaik untuk mendapatkan backlink yang berkualiti ini? Jangan risau, ExpanDroiders akan menerangkan tentang cara bagaimana untuk memperoleh backlink yang berkuali dan terbaik untuk blog anda.

1) Melalui Blog Walking

Pernahkah anda melakukan blog walking sebelum ini? Jika tidak maka rajin-rajinkanlah untuk melakukan blog walking. Berkomenlah pada blog yang anda lakukan blog walking tersebut. Melalui blog walking juga akan memberikan kita manfaat seperti diberikan backlink dan secara tidak langsung tuan punya blog juga akan mengunjungi blog anda. Berkomenlah menggunakan URL Website kerana ia lebih efektif untuk mendapatkan backlink yang berkualiti.

Ketika anda hendak berkomen, komenlah dengan penuh sopan santun. Jangan sesekali berkomen menggunakan kata-kata kesat atau menyinggung blogger lain. Berkomenlah dengan tutur kata yang baik agar tuan blog merasa selesa hal ini juga akan memberi kesan positif ketika anda sedang melakukan blog walking kerana nama dan url blog anda terpapar dan sentiasa komen anda diluluskan untuk paparkan.


2) Menjadi Guest Blogger

Salah satu cara yang efektif dalam memperolehi baclink yang berkualiti ialah menjadi guest blogger. Guest Blogger ini menjadikan kita penulis diblog yang lain. Untuk menjadi guest blogger, anda seharusnya menulis entry-entry berkenaan dengan blog tersebut dan jangan lupa meletakkan link menuju ke website kita dalam post tersebut. Cara ini juga membolehkan blog atau website kita mula menaik dan popular kerana backlink yang dibekalkan hasil daripada entry yang kita tulis tadi adalah sangat berkualiti dan berguna untuk blog kita.


Baca Juga >> SEO Dan Ciri-Ciri SEO

3) Penggunaan Sosial Media

Sosial media seperti Google Plus, Facebook dan Twitter ini mampu memberikan kita backlink yang sangat-sangat berkualiti walaupun Facebook, Google Plus, Twiiter dan lain-lain adalah bersifat No-Follow tetapi ia masih dianggap backlink berkualiti. Untuk mendapatkan backlinkyang berkualiti dari sosial media ini, jangan berat sangat tangan tuw untuk share artikel-artikel anda ke media sosial la ye.

4) Hantar Artikel Anda Melalui Artikel Direktori

Untuk membangunkan backlink yang berkualiti menghantar artikel anda ke website yang menawarkan Artikel Direktori ini juga menjadi salah satu cara yang berkesan. Memiliki Artikel yang unik lagi berkualiti dan dihantar ke website Artikel Direktori ini juga akan mendapat impak yang positif dalam pencarian backlink. Contoh, yang terkenal di Malaysia ini Seperti Pingbusuk.org atau sekarang dikenali sebagai Babab.net. Sertai blogger yang lain yang menghantar artikel mereka website tersebut. Secara tidak langsung anda akan merasa peningkatan visitor dari semasa hingga ke semasa.

Kesimpulannya, Backlink amat diperlukan bagi sesuatu blog yang ingin meningkatkan SEO Offpage anda. Bukan sahaja ia memberi kesan yang baik kepada posisi SERP anda, malah ia juga akan memberikan impak kepada kesan pageviews blog anda. Oleh itu demikianlah post pada kali ini. Semoga kita sma-sama belajar dan sentiasa memperbaiki kelemahan blog kita. Sekian Terima Kasih

Blog ini diwujudkan untuk informasi tentang android. kami juga memberikan sedikit tutorial yang pernah kami lakukan sebelum ini sebagai panduan untuk anda. Selain itu juga kami menyajikan dengan tulisan-tulisan info kepada anda, berita dan sebagainya. Blog berasal dari Malaysia ini juga merupakan salah satu blog yang sedang menaik.

Jom Kongsikan

Related Posts

Previous
Next Post »

4 comments

comments
26 Jun 2015 2:35 PTG delete

share di social media dan blogwalking paling berkesan pada saya

Reply
avatar
26 Jun 2015 7:51 PTG delete

Betul tu.. kedua cara tersebut memang terbukti berkesan juga. :D

Reply
avatar
24 November 2015 10:04 PTG delete

Saya selalu juga share di Facebook, Twitter, Google + danping ke babab, ping busuk dan sebagainya.

Reply
avatar
5 Oktober 2016 11:27 PTG delete

kalau saya lbih suka mendapatkan backlink dgn melakukan blogwalking

Reply
avatar