Cara Mengesan Smartphone Anda Terkena Heartbleed Bug

Cara Mengesan Smartphone Anda Terkena Heartbleed Bug - Satu lagi kita dikejut oleh berita tentang bug bernama Heartbleed yang boleh menyerang sistem privacy anda. Bug yang bernama HeartBleed ini berfungsi sebagai mencuri data-data yang penting seperti kata laluan, PIN, kad bank dan beberapa lagi hal penting berkaitan dengan privasi anda.

Beberapa pengkaji dari Universiti Michigan telah membuat kajian berkenaan dengan bug ini dan telah mendapati bahawa sebanyak 66% peratus pelbagai jenis website telah diserang. Oleh itu, anda haruslah langkah berjaga-jaga dan berhati-hati ketika anda melakukan browsing untuk mengelakkan sebarang masalah kecurian data berlaku.

cara mengesan virus heartbleed



Bug Heartbleed ini juga boleh menyerang gajet anda samaada tablet ataupun smartphone anda. Dikhabarkan lagi bahawa gajet yang selalu menjadi mangsa bug ini Smartphone Android yang berstatuskan Jelly Bean kerana ketika smartphone anda memakai Jelly Bean version, smartphone anda menggunakan OpenSSL sebagai kuncian data-data anda. Akan tetapi walaupun anda sudah lepasi Jelly Bean Version dan telah update kepada Versi terbaru anda juga disarankan supaya selalu membuat pemeriksaan yang kerap.

Baca Juga >> Cara Menjana Pendapatan Melalui Android

Difahamkan lagi Google Inc. sedang melakukan langkah-langkah bagi mencegah daripada bug ini berleluasa. Untuk mengetahu samaada smartphone anda diserang oleh bug Heartbleed ini anda boleh memuat turun aplikasi Heartbleed Detector dan boleh diperolehi secara percuma pada Google PlayStore. Sebelum anda memuat turun aplikasi ini. Anda haruslah fahami terlebih dahulu tentang aplikasi ini. Aplikasi ini tidak mampu membuang bug heartbleed ini tetapi ianya hanya mampu mengesan samaada smartphone anda didapati mempunyai masalah ini atau tidak.

Anda boleh mendownload aplikasi Heartbleed ini di Google Playstore atau Sini

Untuk mengelakkan daripada diserang bug ini anda haruslah memasang Antivirus Lookout Mobile Security di Google PlayStore .
Tingkatkan keselamatan anda. Jangan biarkan orang lain dapat mencuri data-data peribadi anda. Dengan itu demikianlah info berkenaan Cara Mengesan Smartphone Anda Terkena Heartbleed Bug pada kali ini. Jangan lupa untuk membaca post seterusnya untuk tingkatkan lagi informasi anda berkenaan smartphone. Jangan lupa untuk "Like" Fans Page Facebook kami sebagai tanda sokongan anda terhadap kami. Sekian.

Blog ini diwujudkan untuk informasi tentang android. kami juga memberikan sedikit tutorial yang pernah kami lakukan sebelum ini sebagai panduan untuk anda. Selain itu juga kami menyajikan dengan tulisan-tulisan info kepada anda, berita dan sebagainya. Blog berasal dari Malaysia ini juga merupakan salah satu blog yang sedang menaik.

Jom Kongsikan

Related Posts

Previous
Next Post »