Cara Menguatkan Signal Wifi Di Rumah Anda

Cara Menguatkan Signal Wifi Di Rumah Anda - Zaman moden ini internet sangat diperlukan lebih-lebih lagi apabila kita ingin mencari maklumat secara "Instant". Dalam internet ada macam-macam maklumat yang boleh kita perolehi tidak kira ianya bermanfaat ataupun digunakan untuk sebaliknya. Kita boleh menggunakan internet tidak kira apa jenis peranti sama ada menggunakanya melalui smartphone, komputer ataupun peranti yang lain.


cara mempercepatkan wifi

Sambungan internet yang selalu terputus secara tidak langsung akan mengganggu anda ketika anda sedang syok menggunakan internet bukan? sama ada anda menggunakan internet yang dibekalkan oleh Mobile Carrier" masing-masing ataupun wifi dirumah anda. Baiklah.. Pada kali ini ExpanDroiders akan berkongsi sedikit tips berkenaan dengan Cara Menguatkan Signal Wifi Di Rumah Anda.

Untuk tips pada kali ini, Ia memerlukan beberapa langkah untuk memperbaiki signal wifi dirumah anda dan anda boleh semak dibwah untuk ketahui maklumat selanjutnya.

Langkah-Langkah Perlu Diambil

1) Ketahui Kedudukan Wifi Anda
  • Signal yang dipancarkan oleh wifi anda boleh terganggu akibat daripada halangan-halangan seperti dinding yang berada dirumah anda. Untuk mengelakkan dari sebarang gangguan sambungan internet wifi dirumah anda adalah menjadi keutamaan bagi anda menentukan kedudukan yang strategik. Antara pemilihan yang tepat ialah meletakkan wifi rumah anda pada Centre rumah anda.
2) Mengawal Bandwith Wifi Di Rumah Anda
  • Anda juga boleh membuat pengawalan bandwith wifi rumah anda agar sambungan internet wifi anda lebih lancar dan tidak lambat. 
3) Gunakan Wifi Router Yang Terbaru
  •  Seperti mana yang kita ketahui bahawa peranti yang terbaru adalah yang terbaik dari sebelumnya kerana setiap "Bug" yang ada pada peranti lama akan diperbaharui dan diperbetulkan hingga sesuatu tahap kepuasan bagi penggunanya semakin baik. Oleh itu, Pemilihan wifi router yang terbaru adalah disarankan untuk sambungan yang lebih selesa tanpa gangguan signal yang kerap terputus.
4) Gunakan Wifi Repeater
  • Wifi Repeater adalah sebuah alat dimana ianya akan menerima signal wifi dirumah anda kemudian ia memancarkan lebih kuat dari wifi router anda. Alat ini boleh membantu anda untuk mendapatkan signal yang stabil dan berkualiti. Jadi jika berkemampuan beli lah satu yerr. :p
5) Pastikan Anda Gunakan Kuncian WPA2
  • Internet wifi anda agak lambat? Mungkin kerana password wifi anda telah dibocori oleh jiran-jiran anda. hehe Jadi gunakanlah kuncian WPA2 kerana kuncian WPA2 adalah sukar untuk dipecahkan.
6) Kerapkan Restart Wifi Anda
  • Walaupun cara ini agak Old Skool, tetapi ianya masih berkesan. Wifi Router dirumah anda akan kerap mengalami masalah sambungan jika anda menggunakanya dengan tempoh yang agak lama. Jadi untuk menstabilkan kembali sambungan Wifi rumah anda kerapkan restart wifi tersebut.

Baca Juga >> Tips Bercakap Dikhalayak Ramai

Demikianlah perkongsian kita kali ini, Semoga bermanfaat dan membuahkan hasil daripada penggunaan tips ini. Silakan baca artikel kami yang lain untuk mengetahui maklumat yang selanjutnya. Dan tidak lupa juga untuk "Like" Pada Facebook Fans kami ketika Pop-Out keluar. Sekian Terima Kasih.

Blog ini diwujudkan untuk informasi tentang android. kami juga memberikan sedikit tutorial yang pernah kami lakukan sebelum ini sebagai panduan untuk anda. Selain itu juga kami menyajikan dengan tulisan-tulisan info kepada anda, berita dan sebagainya. Blog berasal dari Malaysia ini juga merupakan salah satu blog yang sedang menaik.

Jom Kongsikan

Related Posts

Previous
Next Post »