Cara Menjana Pendapatan Ketika Menyambung Pelajaran

Ramai pelajar yang masih tidak mengetahui tentang Cara Menambah Duit Poket ketika anda sedang menyambung pelajaran. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa pelajar amat memerlukan duit lebih untuk kegunaan harian. Jika dibandingkan dengan duit PTPTN yang dipinjamkan oleh kerajaan adalah tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan seharian sebagai seorang pelajar.

cara dapatkan duit poket lebih


Daripada anda menghabiskan masa dengan berlayar disosial media atau bermain game lebih baik anda membuat satu ikhtihar yang bermanfaat seperti mendapatkan duit lebih ketika anda menyambung pelajaran. Terdapat banyak cara sebenarnya bagi anda ingin mendapatkan duit, khususnya jika anda mempunyai modal internet itu sudah mencukupi bagi anda.

Ketahui Bagaimana Cara Mendapatkan Duit Poket Lebih Ketika Menyambung Pelajaran yang akan dikongsikan kepada anda pada kali ini.

1) Menjana Duit Dengan YouTube

Apabila disebutkan dengan YouTube sudah tentu anda akan terfikir tentang sebuah website yang dipenuhi dengan video bukan? YouTube merupakan website video yang paling banyak pengunjung dan paling popular dari pelusuk dunia. Jadi kenapa anda tidak memanfaatkan peluang ini dengan membuat video tutorial, tengtang blogging, review dan sebagainya? Untuk menjana pendapatan melalui YouTube ini anda haruslah membuat akaun Adsense terlebih dahulu dan buat video yang Original tidak mencuri video orang lain. Ambil kesempatan ini sebagai satu alternatif untuk menjana pendapatan online anda sebagai seorang pelajar.

2) Melalui Blog

Anda juga memulakan penjanaan pendapatan anda melalui blog. Buat satu blog dan isi artikel yang bermanfaat berdasarkan tema ( Niche) yang anda inginkan. Anda boleh memulakan membuat blog perkhidmatan seperti Blogger, WordPress, Joomla dan banyak lagi. Mengisi artikel unik dan tidak hasil daripada copy paste blog orang sejumlah 50 artikel didalamnya kemudian ikuti program PayPerClick advertiser atau ikuti Program Affiliate. In Shaa Allah, anda akan temukan hasil yang baik jika anda berusaha.

cara dapatkan duit poket


3) Melalui Servis Anda Sendiri

Adakah anda merupakan pakar komputer? Jangan tunggu lama lagi. Gunakanlah kepakaran anda dalam bidang tersebut untuk menjana pendapatan duit poket lebih. Contohnya di Universiti hampir semua pelajar mempunyai laptop atau PC sendiri dan tidak semua yang mengetahui permasalahan komputer ini. Jadi gunakanlah kepakaran anda sebaik mungkin tentang permasalahan komputer iaitu memberikan mereka servis dengan syarat mereka akan membayar anda.

4) Menjadi Agen Jualan Dalam Talian

Peluang ini amat menguntungkan anda, situasinya anda sebagai agen jualan bagi sesuatu syarikat dan tugas anda hanya mempromosikan produk-produk yang mereka jual. Sebagai contoh anda boleh menjadi agen baju, kosmetik dan macam-macam lagi yang anda boleh cuba asalkan ianya halal sudah. Semakin tinggi hasil jualan anda maka akan semakin tinggi juga komisen yang anda dapatkan kelak. Jadi usaha tangga kejayaan!

Baca Juga >> Cara Mendapatkan Duit Online Melalui Smartphone

 Demikianlah perkongsian kita pada kali ini tentang Cara Menjana Pendapatan Ketika Menyambung Pelajaran. Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu anda untuk mendapatkan duit poket lebih. Kami faham keadaan di Universiti atau Kolej amat memerlukan duit lebih untuk menyara hidup anda disana. Jika anda mengikuti tips yang diberikan ini serta mempunyai usaha keras, kami yakin anda boleh berjaya. Jadi teruskan usaha anda jangan putus asa. Semoga bermanfaat. Sekian Terima Kasih.





Blog ini diwujudkan untuk informasi tentang android. kami juga memberikan sedikit tutorial yang pernah kami lakukan sebelum ini sebagai panduan untuk anda. Selain itu juga kami menyajikan dengan tulisan-tulisan info kepada anda, berita dan sebagainya. Blog berasal dari Malaysia ini juga merupakan salah satu blog yang sedang menaik.

Jom Kongsikan

Related Posts

Previous
Next Post »

1 comments:

comments
28 Jun 2015 12:19 PG delete

Hehehe, baru buat yang blog tu. nak buat yang lain2 tak reti pulak.
Btw, entri ni best..

Reply
avatar