Cara Mudah Memasang TWRP Pada Samsung Galaxy S6


TWRP yang bermaksud Team Win Recovery Project ialah merupakan sebuah custom recovery yang diciptakan oleh developer Android untuk pengguna smartphone Android OS. TWRP Recovery ini juga mampu melakukan proses backup dan restore, sebagai perantaraan dalam memasang Custom Rom dan beberapa kelebihan yang lain. Mempunyai perbezaan yang tidak ketara dengan CWM Recovery, tetapi TWRP ini mempunyai Interface yang berbeza dari CWM itu sendiri.

               twrp s6

TWRP Recovery ini juga membolehkan kita membuat beberapa perubahan seperti memasang custom ROM, Overclocking CPU Frequancy, dapatkan akses root dari SuperSu dan sebaganya pada Samsung Galaxy S 6 anda. Untuk melakukan pemasangan TWRP Recovery kedalam Samsung Galaxy S6 anda boleh menggunakan ODIN dan beberapa file yang digunakan untuk melakukan proses ini.

Sebelum Melakukan Proses Memasang TWRP Recovery Pada Samsung Galaxy S6 Anda

Anda haruslah membuat persedian pada smarphone anda dahulu. Anda boleh ikuti proses dibawah.
  1. Bootloader Samsung Galaxy S6 anda sudah unlocked
  2. Sebelum melakukan proses pemasangan TWRR Recovery ini, anda haruslah sudah membuat backup data terlebih dahulu
  3. Mempunyai Komputer atau laptop yang menggunakan Windows sebagai operating sistem.
  4. Mempunyai battery pada smartphone Samsung Galaxy S6 anda melebihi 50% untuk mengelakkan batteri habis ketika melakukan proses Memasang TWRP Recovery
  5. Warranty akan hilang jika melakukan beberapa modifikasi untuk smartphone anda.
 Lakukanlah 4 perkara diatas untuk memastikan proses pemasangan TWRP Recovery pada Samsung Galaxy S6 anda agar tidak ada halangan yang mungkin terjadi ketika proses pemasangan. Jika anda sudah melakukan perkara diatas ikuti Proses Pemasangan TWRP Untuk Samsung Galaxy S6 dibawah.



Cara Memasang

  1. Sediakan Odin, Samsung Kies dan TWRP File. Anda boleh boleh memuat turun file tersebut dengan mengklik ayat biru tersebut.
  2. Bila sudah selesai memuat turun file tersebut,  Unzip Odin dan TWRP file yang anda download tadi.
  3. Install Samsung Kies yang anda muat turun tadi dan tunggu sehingga proses itu selesai.
  4. Kumpulkan file-file yang anda download tadi dan masukkan kedalam sebuah folder agar lebih teratur dan mudah.
  5. Setelah itu, Buka Odin dan connect Samsung Galaxy S6 anda ke pc atau laptop anda. Sebelum itu masukkan dahulu Samsung Galaxy S6 anda kedalam Download Mode  iaitu matikan smartphone anda kemudian tekan Button Volume Down + Home Button + Power Button dengan keadaan serentak
  6. Jika sudah masuk kedalam Download Mode, Connect Samsung Galaxy S6 anda ke Pc atau Laptop anda.
  7. Tunggu pengesahan daripada odin bahawa S6 anda suda connect dengan ODIN. iaitu pada skrin tertera tulisan ID:COM berwarna kuning
  8. Jika sudah connect, Tekap pada "AP" atau "PDA" dari pilih TWRP Recovery file yang anda download tadi.
  9. Start dan tunggu proses itu selesai baru anda cabut kabel dari PC/Laptop anda.
  10. Reboot Samsung Galaxy S6 anda. Selesai

pasang twrp s6 edge


Tutorial diatas sedikit sebanyak akan membantu anda yang hendak menukarkan Stock Recovery atau recovery lain kepada TWRP Recovery dengan mudah. Semoga anda berjaya dengan tutorial yang saya sediakan ini.

Blog ini diwujudkan untuk informasi tentang android. kami juga memberikan sedikit tutorial yang pernah kami lakukan sebelum ini sebagai panduan untuk anda. Selain itu juga kami menyajikan dengan tulisan-tulisan info kepada anda, berita dan sebagainya. Blog berasal dari Malaysia ini juga merupakan salah satu blog yang sedang menaik.

Jom Kongsikan

Related Posts

Previous
Next Post »