Cara Root Smartphone Menggunakan KingRoot

cara menggunakan king root


Cara Root Smartphone Menggunakan KingRoot - Kini telah banyak pembangunan memberangsangkan yang telah dijalankan untuk keperluan smartphone khususnya bagi Android OS. Banyak panduan atau tutorial root yang boleh kita ikuti, contohnya root menggunakan aplikasi King Root. Wujudnya aplikasi ini secara tidak langsung memberikan kesan positf bagi pengguna yang menggunakan android.

Walaupun aplikasi ini dalam bahasa cina, tetapi aplikasi ini amat User Friendly untuk kita fahami. Aplikasi ini amat digalakkan untuk semua pengguna android kecuali Brand jenis SONY dan HTC. Ini kerana brand ini mempunyai Locked Bootloader. Bukan tidak boleh digunakan cuma beberapa hal yang patut anda sedia kan untuk dua jenama ini iaitu melakukan proses Unlocked Bootloader dahulu.

Kita tinggalkan dahulu dua jenama tersebut dan teruskan dengan persediaan sebelum menggunakan aplikasi King Root ini untuk melakukan cara root smartphone anda. Anda dingatkan supaya penuhi cara yang diberikan dibawah untuk memudahkan proses root pada smartphone anda
  1. Minimum bateri mempunyai 50% - Ini memudahkan proses root ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan. Jika anda melakukan proses root ini contohnya ketika bateri anda kurang atau bateri lemah berkumungkinan proses itu akan terganggu akibat daripada smartphone anda terpadam dan malap. 50% kapasiti bateri dan keatas adalah posisi yang terbaik dan mengurangkan risiko gangguan ketika melakukan proses root ini.
  2. Backup Data - Pastikan anda sudah membuat backup data contact list, mesej, chat dan lain-lain yang penting. Sebagai antara langkah awal daripada kegagalan proses root dan menjadikan smartphone anda bootloop atau sebagainya. Jadi dengan ini anda tidak perlu risau bahawa data-data yang penting anda sudah dibackup. Itulah pentingnya backup data.
  3. Mempunyai Akses Internet - Sediakan akses internet dahulu. Pastikan anda menggunakan sambungan internet yang kuat dan laju. Ini memudahkan aplikasi itu tersebut memuat turun superuser untuk smartphone anda. Anda disarankan menggunakan sambungan wifi kerana sambunganya laju dan mudah.

Baca juga >>  Cara Unroot Smartphone Anda Dengan Mudah


Anda sudah bersedia? Sudah lakukan perkara seperti yang ditulis diatas? Ok kita teruskan lagi iaitu Cara Root Smartphone Menggunakan King Root ini
  1. Pertama sekali silalah memuat turun aplikasi  King Root ini terlebih dahulu
  2. Ketika menunggu proses muat turun selesai, pergi ke setting smartphone anda : Setting > Security dan tap pada bahagian "Unknown Resource"
  3. Setelah selesai muat turun aplikasi King Root tersebut, Pasang kedalam smartphone anda dan buka aplikasi tersebut.
  4. apabila anda membukanya terdapat bulatan yang terdapat tulisan cina dan mempunyai tulisan "Root" tap padanya untuk memulakan proses.
  5. Tunggu proses tersebut berjalan dengan lancar ( Ketika proses dijalankan pastikan sambungan internet anda aktif)
  6. Ketika proses telah habis dijalankan dan terdapat dalam bulatan hijau mempunyai centeng putih dan mempunyai tulisan biru dalam kotak biru yang memanjang. tap juga pada kota biru memanjang itu.
  7. Jika ada aplikasi KingUser pada menu smartphone anda. Tahniah anda sudah berjaya melakukan proses root pada smartphone anda.
  8. Sebelum membuka aplikasi yang memerlukan root, anda digalakkan untuk reboot semula smartphone anda.

Blog ini diwujudkan untuk informasi tentang android. kami juga memberikan sedikit tutorial yang pernah kami lakukan sebelum ini sebagai panduan untuk anda. Selain itu juga kami menyajikan dengan tulisan-tulisan info kepada anda, berita dan sebagainya. Blog berasal dari Malaysia ini juga merupakan salah satu blog yang sedang menaik.

Jom Kongsikan

Related Posts

Previous
Next Post »