Fungsi Hashtag Pada Media Sosial

Fungs Hashtag Pada Sosial Media - Berapa ramai yang menggunakan social media seperti Facebook, Twitter, Intagram dan sebagainya ? Memang ramai yang menggunakannya sebagai platform untuk bersosial. Tetapi pernahkah anda terfikir tentang apa sebenarnya fungsi #Hashtag yang disediakan oleh sosial media tersebut, adakah anda mengetahuinya tentang fungsi sebenar #hashtag dan cara penggunaanya? Pada post kali ini ExpanDroiders akan mengupas atau memberikan sedikit info berkenaan #Hashtag tersebut.

apa itu hashtag



Seperti mana #hashtag ialah sekerat ayat yang didahului dengan simbol "#" tanpa sebarang space untuk menyempurnakan hashtag tersebut contohnya #Malaysiakutercinta , #Pray4Sabah dan lain-lain lagi. Hashtag ini amat popular digunakan seperti, facebook, twitter, Google+. Tetapi tahukah anda apakah fungsi sebenar hashtag ini untuk sosial media? teruskan bacaan anda dan anda boleh lihat pada perenggan dibawah ini.


Apa itu hashtag

Fungsi Hashtag Pada Media Sosial Anda


1) Sebagai Pusat Pengumpulan Post

  • Anda boleh memngumpulkan post-post anda berdasarkan jenis dan label post yang anda telah siarkan. Contohnya, anda boleh meletakkan hashtag pilihan anda berdasarkan post berkaitan dengan event, video, dan gambar. Oleh itu, bila anda membuat sesuatu event anda disarankan untuk meletakkan hashtag berkaitan dengan event anda supaya event anda lebih tertarik dan dapat menarik orang ramai untuk turut serta menyertai event anda.

2) Memudahkan Pencarian Post Berkaitan
  • Selain daripada pusat pengumpuan, Penggunaan hashtag ini juga membantu kita untuk mencari post yang mempunyai dengan ciri-ciri yang sama dengan post kita. Contohnya jika anda ingin mencari post berkaitan android, Anda boleh mencarinya pada kotak search dan hashtag #Android. Cara ini mudah dan senang untuk anda mencari maklumat berkaitan dengan maklumat yang anda inginkan disosial media.

3) Untuk Mempromosikan Sesuatu
  • Seperti mana yang kita selalu lihat, Pada sosial media seperti instagram selalunya jika para peniaga ingin mempromosikan barang mereka, mereka juga turut sertakan hashtag pada post mereka. Meletakkan hashtag pada postnya itu akan memudahkan pelanggan-pelanggannya melihat semua produk hanya melihat dengan hashtag tersebut. Selain itu juga, dengan hashtag anda boleh menempatkan produk anda pada satu hashtag yang berkaitan dengan produk-produk pengusaha yang lain.
4) Menyatukan Mention Dengan Hashtag Untuk Lebih Menakjubkan
  • Anda boleh menggunakan untuk menyatukan Hashtag dengan mention untuk kelihatan berfaedah dan menakjubkan.anda boleh menaip simbol @ pada hadapan nama page atau profile yang anda inginkan. Contohnya anda boleh mencuba dengan seperti ini
@Atan, Jom baca  post berkaitan dengan android pada website #ExpanDroiders

5) Post Menyeberangi Platform
  • Hashtag boleh melakukan post seberang platform. Sebagai contoh anda boleh mebuat post Facebook dengan menggunakan Twitter. Sebab itulah ramai yang menggunakan Hashtag ini. dengan kelebihan ini anda dapat memudahkan lagi penggunaan anda dengan social media.

Baca Juga >> 5 Cara Mengelakkan Smartphone Android Anda Daripada Lagg

Dengan itu sekian sahaja perkongsian ExpanDroiders pada kali ini. Semoga bermanfaat untuk kita semua dan jangan lupa untuk membaca artikel yang lain ya untuk mengetahui info selanjutnya.. Jangan lupa untuk "Like Fanpage kami sebagai tanda sokongan anda terhadap kami. Sekian Terima Kasih.

Blog ini diwujudkan untuk informasi tentang android. kami juga memberikan sedikit tutorial yang pernah kami lakukan sebelum ini sebagai panduan untuk anda. Selain itu juga kami menyajikan dengan tulisan-tulisan info kepada anda, berita dan sebagainya. Blog berasal dari Malaysia ini juga merupakan salah satu blog yang sedang menaik.

Jom Kongsikan

Related Posts

Previous
Next Post »