Pengertian Softbrick Dan Hardbrick Android

Begitu meluasnya penggunaan smartphone yang berasaskan Android OS pada zaman ini kerana kebolehan aplikasi ini untuk berjalan dengan baik dan tidak mudah cerewet. Menggunakan Smartphone Android juga membolehkan kita untuk membuat beberapa perubahan dengan melakukan akses root, menukar recovery, rom dan macam-macam lagi. Bagi pengguna smartphone, yang ingin melakukan beberapa perubahan seperti rom, recovey atau melakukan akses root anda haruslah menerima bahawa melakukan perubahan=perubahan ini akan menghilangkan warranty smartphone anda.

Selain itu, anda juga harus peka dan memahami apa itu BRICK dan contoh-contoh BRICK tersebut. Brick yang disebut disini bukanlah batu-bata atau seumpamanya itu. Istilah-istilah ini sering kali didengari oleh para newbie yang baru berkecimpung dalam hal seperti ini. Jadi pada kali ini ExpanDroiders akan menerangkan sedikit sebanyak tentang apa sebenarnya BRICK itu.

Baca Juga >> Cara Mendownload Video Di Facebook

Apa Itu Brick ?

Brick boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu

  • Sofbrick
  • Hardbrick

1) Pengertian Softbrick 

  • Softbrick adalah selalunya berpunca daripada melakukan flashing yang kurang berjaya atau gagal, mengubah sytem sehingga terjadinya tidak seimbang antara sistem tersebut, membuat overclocking yang melebihi batas. Masalah Softbrick ini tidaklah begitu serius. Anda boleh memperbaiki semula tanpa menghantar smartphone anda ke kedai atau service centre.

1.2) Tanda-Tanda Softbrick

  • Masih boleh hidup
  • Tetapi stuck pada logo atau boot animation
  • Hanya boleh melakukan cas bateri sahaja.

1.3) Cara Menyelesaikan Masalah Softbrick

  • Melakukan factory reset melalui recovery mode ( Mengikut model masing-masing )
  • Melakukan Flashing Stock atau Custom Rom

2) Pengertian Hardbrick

  • Hardbrick pada kebiasaanya adalah disebabkan oleh kerosakkan pada bahagian dalaman smartphone atau ketiadaan software didalamnya. Harbrick juga boleh berlaku jika smartphone anda dimasuki air, terjatuh dari tempat yang tinggi, membuat flashing rom yang salah. Anda haruslah menghindari daripada melakukan sesuatu kepada smartphone anda yang menjurus kepada softbrick.

2.2) Tanda-Tanda Hardbrick

  • Tidak dapat dihidupkan lagi
  • Smartphone anda gelap dan tidak bernyala

2.3) Cara Menyelesaikan Masalah Hardbrick

  • Jika anda mengalami masalah ini, baik anda hantar sahaja smartphone anda ke service centre
  • Memerlukan kos yang mahal
  • Kadang-kadang kos untuk memperbaiki masalah ini memerlukan kos separuh daripada harga smartphone anda

Baca Juga >> Cara Root Menggunakan King Root Dengan Mudah

 Demikianlah informasi berkaitan dengan Pengertian Softbrick Dan Hardbrick Android yang baru sahaja anda baca. Semoga dengan informasi ini dapat menambah pengetahuan anda berkaitan dengan android dan manfaatnya. Jangan lupa untuk baca post kami yang lain ya. Boleh dapati di sini. Sekian Terima Kasih.

Post a Comment

Cara Membuat Screen… Cara Memperbaiki Imei…