Tips Cas Smartphone Yang Betul Untuk Elakkan Kerosakkn Bateri

tips jimatkan battery anda
Add caption

A

Smartphone begitu penting dalam kehidupan seharian kita, ia digunakan untuk behubung dengan orang lain, bergambar, mendengar lagu, berinteraksi dimedia social dan macam-macam lagi. Pembangunan teknologi smartphone pada masa ini amat pesat dibangunkan oleh pengeluar-pengeluar terbesar smartphone iaitu Samsung, SONY, Lennovo, HTC dan sebagainya.

Walaupun pembangunan smartphone ini amat pesat sekali dijalankan tetapi ia juga memiliki suatu batas-batas yang tertentu. Ini amat menyukarkan para pengguna kerana walau secanggih mana smartphone itu mestiya terdapat beberapa kelemahan. Kelemahan disini antaranya penggunaan batteri yang cepat habis, memiliki koneksi yang terhad dan lain-lain.

Majoritinya pengguna-pengguna smartphone ini menghabiskan masa yang banyak untuk berinteraksi dengan menggunakan smartphone dan menyebabkan batteri habis dengan cepat. Tahukah anda bahawa menyambung cas membuta tuli juga akan menyebabkan kerosakkan kepada set batteri smartphone anda. Dibawah ada beberapa tips tentang bagaimana Cara Sebenar Cas Smartphone Anda

1) Elakkan Batteri Habis Hingga 0% 
  • Anda disarankan sedia menyambung kabel cas sebelum batteri smartphone anda habis 0%. Sebaiknya anda menyambung cas pada kapasiti 20%-50%
2) Elakkan Menyambung Kabel Cas Semalaman.
  • Biasanya jika situasi ini sering berlaku ia akan mempercepatkan lagi kerosakkan batteri anda. Jangan membiarkan smartphone anda terus menerima cas ketika sudah mencapai 100% cas. Cabutlah cas itu supaya mengelakkan berlakunya kerosakkan batteri.
3) Elakkan Melakukan Penyambungan Cas Ditempat Panas
  • Cuba elakkan menyambung cas ditempat-tempat yang panas seperti, diatas peti sejuk, atas tv dan di dashboard kereta walaupun smartphone anda dimatikan sekali pun. Keadaan yang panas juga menyumbang kerosakkan pada batteri smartphone anda.

Berikut diaas adalah tips yang perlu anda ketahui untuk melakukan cas pada smartphone anda. Bagi yang kerap melakukan kesalahan yang disebut diatas, adalah penting untuk ubah cara anda melakukan penyambungan cas yang betul. Ini untuk menjaga keadaan batteri anda agar tidak mudah rosak.

Blog ini diwujudkan untuk informasi tentang android. kami juga memberikan sedikit tutorial yang pernah kami lakukan sebelum ini sebagai panduan untuk anda. Selain itu juga kami menyajikan dengan tulisan-tulisan info kepada anda, berita dan sebagainya. Blog berasal dari Malaysia ini juga merupakan salah satu blog yang sedang menaik.

Jom Kongsikan

Related Posts

Previous
Next Post »