Tips Membeli Smartphone Untuk Gaming


tips untuk gaming

Tips Membeli Smartphone Untuk Gaming - Banyak kelebihan yang terdapat pada smartphone dizaman ini. Bukan setakat hanya membuat panggilan atau menghantar SMS tetapi iainya universal boleh digunakan untuk apa juga sekali pun. Semakin hari maka semakin canggih model smartphone yang dikeluarkan. Ada yang membeli smartphone hanya untuk Gaming sahaja. Sebelum itu, adakah anda mengetahui Tips Sebelum Membeli Smartphone Untuk Gaming ? Jika belum ikuti post ini untuk mengetahui tips tersebut.

Aspek Yang Perlu Dinilai Terlebih Dahulu


1) Saiz Skrin
  • Saiz yang tepat adalah penting untuk dinilai terlebih dahulu. Pada kebanyakkanya Game Definisi Tinggi atau disebut sebagai HD amat tepat dimainkan pada saiz skrin 5-6 inci. Selain itu juga, Resolusi skrin juga memain peranan tentang keselesaan anda. Semakin tinggi resolusi smartphone itu, maka semakin jelas gambar yang dipaparkan oleh game tersebut.
3) Saiz RAM Smartphone
  • Ketahui Saiz RAM Smartphone tersebut, untuk standard saiz RAM 1 GB adalah minimum bagi keperluan smartphone gaming ini. Jika lebih maka itu lebih baik. Hal ini kerana saiz RAM yang besar bermaksud peratus hang akan berkurangan. Secara tidak langsung ianya akan menambah fokus permainan anda.
4) Jenis Processor Dan GPU Smartphone
  • Jika anda ingin performance yang lebih berkualiti tinggi, Pilih smartphone yang mempunyai processor Quad-Core dan mempunyai GPU Adreno 3xx atau PowerVR 6 Series untuk grafik menyokong aplikasi game tersebut.
5) Saiz Storage
  •  Ruang amat diperlukan bagi menjadikan smartphone anda sebagai gaming smartphone. Ini kerana banyak aplikasi permainan yang memiliki saiz yang sangat besar. Minimum saiz yang baik mempunyai internal 8GB. Akan tetapi, Anda juga haruslah memiliki SD Card yang besar untuk menambah aplikasi permainan yang banyak.
6) Kapasiti Batteri
  • Kebanyakkanya aplikasi permainan akan memakan kapasiti batteri dengan jumlah yang besar. Pemilihan batteri berkapasiti besar juga berpengaruh besar kerana  jika saiz batteri yang kecil akan mengganggu kamu untuk bermain aplikasi permainan disebabkan batteri cepat habis.
Baca Juga >> Cara Mengetahui Maklumat Internal Hardware Smartphone Android

Demikianlah, Tips Membeli Smartphone Atau Tablet Untuk Gaming kita pada kali ini. Tips ini boleh anda gunakan jika anda ingin membeli smartphone baru untuk gaming. Semoga ianya dapat disampai dengan jelas kepada anda. Sekian Terima Kasih.

Blog ini diwujudkan untuk informasi tentang android. kami juga memberikan sedikit tutorial yang pernah kami lakukan sebelum ini sebagai panduan untuk anda. Selain itu juga kami menyajikan dengan tulisan-tulisan info kepada anda, berita dan sebagainya. Blog berasal dari Malaysia ini juga merupakan salah satu blog yang sedang menaik.

Jom Kongsikan

Related Posts

Previous
Next Post »