Tips Sebelum Membeli Powerbank Baru

Gajet diantaranya Smartphone, tablet, dan sebagainya boleh dianggap penting dalam kehidupan seharian kita. Ini dapat dibuktikan kerana ia dapat membantu kita dalam kehidupan seharian kita. Selain itu juga, Ia merupakan alat yang paling popular dalam penghubung manusia dialam internet. Gajet pada asanya diciptakan untuk membuat panggilan dan menghantar SMS ( Sistem Pesanan Ringkas ) tetapi baru-baru ini telah banyak pembangunan yang dilakukan sehinggalah ia boleh membantu dalam kehidupan seharian.

Meski pun, Gajet ini diantara alat yang penting tetapi ianya juga mempunyai tahap yang tersendiri. Khususnya pada bateri sesebuah gajet itu. Batteri amat penting kerana ianya memberikan sumber tenaga bagi menghidupkan gajet. Untuk mengatasi masalah ini, Power Bank adalah jalannya. Memiliki power bank ini juga dapat membantu sedikit sebanyak ketika anda memerlukan kuasa kapasiti batteri ketika akan kehabisan.

Akan tetapi, tidak semua power bank yang memiliki kualiti yang terbaik. Ada sesetengah jenis power bank boleh dianggap cincai kerana kualiti yang tidak memuaskan pengguna. Pada kali ini, ExpanDroiders akan memberikan anda sedikit Tips Membeli Powerbank Yang Berkualiti dan anda boleh menyemak pada paragraf dibawah untuk ketahui maklumatnya.


tips membeli powerbank

Cara Membeli Powerbank Berkualiti


  1) Semak Kapasiti  Gajet Anda
  • Anda disarankan untuk mengetahui berapa jumlah kapasiti batteri gajet anda. Untuk mendapatkan kualiti terbaik daripada sesebuah Powerbank anda disarankan untuk membeli powerbank yang mempunyai kapasiti 3x ganda lebih besar dari kapasiti gajet anda.
  2) Pilih Yang Mempunyai Jaminan
  • Jaminan atau Warranty adalah antara aspek yang penting untuk anda ketahui sebelum membelinya, ada Powerbank yang tidak mempunyai Jaminan boleh dianggap cikai. Memiliki Jaminan atau Warranty ini dapat menunjukkan kualiti sesebuah Powerbank. Jika penjual Powerbank tidak menyediakan jaminan, berkemungkinan besar anda boleh ditipu oleh penjual.
  3) Penggunaan Bahan Tertentu
  • Sebelum anda membeli Powerbank, lihat apakah bahan yang digunakan dalam pembuatan Powerbank tersebut sama ada pada bahagian dalaman atau luaran. Ketahui jenis bahan membolehkan  anda dapat memastikan Powerbank itu mudah rosak atau tidak. Selain itu juga, anda mampu berfikir sama ada ianya selamat digunakan atau tidak.
 Baca Juga >> Tips Sebelum Membeli Smartphone Baru

Dengan ini, berakhir perkongsian kita berkenaan Tips Sebelum Membeli Powerbank . Semoga dapat membantu anda dalam pemilihan powerbank. Baca artikel lain untuk ketahui maklumat selanjutnya. Dan jangan lupa Like Facebook Fans kami sebagai tanda sokongan anda terhadapt kami yerr.

Blog ini diwujudkan untuk informasi tentang android. kami juga memberikan sedikit tutorial yang pernah kami lakukan sebelum ini sebagai panduan untuk anda. Selain itu juga kami menyajikan dengan tulisan-tulisan info kepada anda, berita dan sebagainya. Blog berasal dari Malaysia ini juga merupakan salah satu blog yang sedang menaik.

Jom Kongsikan

Related Posts

Previous
Next Post »

1 comments:

comments
26 November 2016 9:17 PTG delete

Tip 4 : Elakkan membeli power bank tiruan/fake ! Good read.

Reply
avatar