Apa Itu ROOT, ROM Dan Custom ROM Untuk Smartphone Android

Apa Itu ROOT, ROM Dan Custom ROM Untuk Smartphone Android - Bagi pengguna Android Smartphone mungkin anda sering mendengar berkenaan Apa Sebenarnya Root, Rom dan Custom Rom bukan? Istilah-istilah ini akan sentiasa berjumpa dengan anda jika inginkan sesuatu yang lebih baru untuk smartphone anda dan istilah-istilah ini disarankan kepada anda untuk mengetahui maksud dan caranya.


apa itu root, rom dan custom rom

Bagi yang masih dalam kebuntuan dan inginkan kepastian apakah maksud Root, Rom Dan Custom ini, ExpanDroiders akan menerangkan maksud istilah-istilah ini dan anda boleh ikutinya dibawah


Apa itu Root ?

Root boleh didefinisikan sebagai sebuah sistem yang memberikan akses sepenuhnya kepada pengguna. Dengan akses ini, anda boleh mengedit segalah yang berkaitan pada smartphone android anda. Akses ini juga merupakan akses root juga boleh dikatakan sebagai akses yang paling tinggi pada smartphone android anda. Secara amnya, akses Root ini tidak diberikan oleh syarikat pembuatan smartphone kerana mempunyai risiko bakal terjadinya kerosakkan dan ini akan merugikan pengguna tersebut.

Anda perlu diingatkan juga, Jika anda melakukan Rooting pada smartphone anda, Warranty yang diberikan oleh kedai atau syarikat juga akan hilang. Mereka juga boleh mengesan ketika smartphone anda mengalami kerosakkan sama ada mempunyai akses root atau tidak. Jadi, untuk melakukan akses Root ini anda perlu memikirkanya terlebih dahulu.


Apa Itu ROM ?

ROM ialah singkatan daripada Read Only Memory dan didefinisikan sebagai media penyimpanan File sistem berhubung dengan jenis data yang terdapat didalamnya dan tidak dapat diisi, diubah dan dapat dibaca tetapi tidak bersifat tidak hilang dan juga tidak tetap.

ROM ini juga dapat dimodifikasikan  proses yang dinamakan sebagai Flashing. Untuk melakukan flashing ini, anda perlulah mencari maklumat terlebih dahulu dan memahami bagaimana proses flashing untuk dilakukan.

Apa Itu Custom ROM ?

Custom Rom ialah Sebuah operasi yang tidak terikat dengan mana-mana Vendor. Ianya sudah memiliki aspek-aspek yang lengkap dari kernel, service, driver, dan beberapa file yang lain.untuk menyokong Sistem Operasi sesebuah smartphone Android. Antara Custom ROM yang popular ialah CyanogenMod, Omni ROM, Carbon Rom dan lain-lain.

Demikianlah penjelasan yang singkat berkenaan Apa Itu ROOT, ROM Dan Custom ROM. Semoga ianya bermanfaat kepada anda semua. Ketahui maklumat seterusnya dengan membaca artikel yang lain.Sekian Terima Kasih.

Blog ini diwujudkan untuk informasi tentang android. kami juga memberikan sedikit tutorial yang pernah kami lakukan sebelum ini sebagai panduan untuk anda. Selain itu juga kami menyajikan dengan tulisan-tulisan info kepada anda, berita dan sebagainya. Blog berasal dari Malaysia ini juga merupakan salah satu blog yang sedang menaik.

Jom Kongsikan

Related Posts

Previous
Next Post »