Bootloop Dan Cara Mengatasi Bootloop Pada android

baiki bootloop


Bootloop Dan Cara Mengatasi Bootloop Pada android - Smartphone yang menggunakan sistem operasi android kini sudah ramai penggunanya kerana kesan daripada pembuatan smartphone yang terkenal seperti Samsung, Lenovo, HTC, SONY dan lain-lain. Selain itu juga ianya mudah didapati dipasaran serta memiliki harga yang murah dan berpatutan bergantung jenis model yang dibeli. Seperti Sistem operasi yang lain, Jika kita salah gunakan ianya juga akan menimbulkan masalah.

Apa Itu Bootloop

Bootloop ialah suatu situasi iaitu smartphone android anda tidak tercapai proses booting atau start up sehingga ianya tersekat dilogo brand smartphone anda. Terdapat 3 jenis bootloop yang sering dialami oleh para pengguna smartphone android ini, iaitu bootloop ringan, Bootloop sederhana dan Bootloop Kritikal.
  1. Bootloop Ringan - Apabila situasi smartphone anda dihidupkan. Smartphone android anda boleh bertahan hanya dalam beberapa minit kemudian ianya akan restart kembali.
  2. Bootloop Sederhana - apabila situasi smartphone anda dihidupkan dan cuma tersekat tidak dapat masuk ke menu smartphone android anda. Tetapi anda boleh masukkan  dan akses ke bahagian Recovery.
  3. Bootloop Kritikal - Apabila situasi smartphone anda dihidupkan dan smartphone anda tersekat pada boot animation. Sama seperti bootloop sederhana tetapi Bootloop kritikal membuatkan smartphone anda tidak dapat mengakses recovery.

 

Penyebab Bootloop 

Pada umumnya, masalah ini berlaku disebabkan smartphone anda mempunyai error pada bahagian sistem. Contohnya setelah anda melakukan proses mendapatkan root, memasang custom rom, mengedit file dan sebagainya. Apabila anda sudah root, ramai yang gatalsangat yang tidak tahu menahu untuk mengedit file-file disistem Android. Akibatnya, file-file tersebut sudah berubah dantidak dapat untuk berfungsi seperti asal dan perkara ini adalah punca utama kenapa smartphone terjadinya bootloop.

Cara Menyelesaikan Masalah Bootloop ini 

1) Lakukan Hard Reset
  • Jika smartphone anda mula mengalami gejala bootloop diatas, Lakukan hard reset cepat-cepat takut bootloop ringan akan menjadi lebih para jika dibiarkan. Sebelum itu, cabut dahulu batteri dari smartphone anda dan biatkan dalam beberapa minit untuk menyejukkan kembali prosessor yang panas. 
2) Padam Aplikasi Yang Mencurigakan
  • Padam aplikasi yang mencurigakan dismartphone anda. Kerana sekarang banyak metod yang digunakan untuk menyebarkan malware, salah satunya ialah melalui aplikasi. Seperti mana yang kita tahu, Malware juga mampu merosakkan sistem dalaman smartphone anda. Oleh itu, lakukan lah rutin pada smartphone anda untuk mengecek jika terdapat aplikasi yang mencurigakan. 
3) Kemaskini Software Terkini Pada Smartphone Anda
  • Software terkini ialah Android Lollipop. memasang software dalam smartphone anda juga disarankan. Semakin baru software yang ada pada smartphone maka semakin baiklah ianya berfungsi. Kerana sofware terbaru ialah hasil daripada penambahbaikkan daripada software lama. Hal ini sentiasa menjadi pilihan ketiga bagi para pengguna yang mengalami masalah bootloop atau mati sendiri ini iaiti kemaskini software terkini pada ssmartphone.
 Baca Juga : Apa Itu Root, Rom Dan Custom Rom Untuk Android

Diatas adalah penerangan berkaitan dengan apa itu bootloop dan cara menghindari masalah bootloop ini. Semoga ianya dapat membantu anda. Jangan lupa untuk baca artikel kami yang lain untuk ketahui pelbagai informasi berkaitan dengan Smartphone anda. Sekian terima kasih.


Blog ini diwujudkan untuk informasi tentang android. kami juga memberikan sedikit tutorial yang pernah kami lakukan sebelum ini sebagai panduan untuk anda. Selain itu juga kami menyajikan dengan tulisan-tulisan info kepada anda, berita dan sebagainya. Blog berasal dari Malaysia ini juga merupakan salah satu blog yang sedang menaik.

Jom Kongsikan

Related Posts

Previous
Next Post »