Cara Cas Batteri Smartphone Dengan Pantas

Cas Batteri Lambat Masuk - Adakah anda pernah mengalami situasi yang sukar ketika menunggu batteri smartphone anda penuh ketika sedang mengecas batteri? Setelah hampir sejam batteri smartphone anda di cas hanya 20% atau sedikit telah terpapar pada screen anda. Ini sangat-sangat mengecewakan bukan? setelah lama kita menunggu masuk hanya seciput jer. Masalah ini patut diatasi dengan segera.

cara cepat cas batteri smartphone


Jika anda merupakan tergolong dalam masalah ini ExpanDroiders ada cara yang dapat membantu anda untuk mempercepatkan lagi Cas smartphone anda. Oleh sebab itu, terdapat beberapa cara yang kami kongsikan dan akan mnyelesaikan masalah anda itu. Semak paragraf dibawah untuk ketahui.

Cara Cas Batteri Smartphone Dengan Pantas

1) Matikan Atau Aktifkan Airplane Mode Smartphone anda Ketika Charging
  • Cara ini adalah terbukti untuk anda. Kerana jika anda mengecas smartphone pada keadaan smartphone anda masih hidup, ianya sedikit demi sedikit akan memakan batteri yang masuk. Sama seperti anda aktifkan Airplane Mode, kerana penggunaan batteri untuk Network juga tiada dan ini akan membantu dalam pengisian batteri anda.
2) Elakkan Cas Menggunakan USB Port Desktop / Laptop
  • Jika anda mengecas smartphone anda menggunakan Desktop atau Laptop sudah tentu arus elektrik yang mengalir ke smartphone anda sedikit dan memerlukan masa yang lama untuk penuh. Ini kerana port usb tersebut memiliki out put yang sedikit iaitu sekitar 0.5 - 0.9 ampere sahaja.
3) Gunakan USB Yang Berkepala Dua
  • Dengan menggunakan USB berkepala dua ini juga mampu mempercepatkan batteri anda penuh. Kerana ianya mampu mengisi batteri anda dua kali ganda lebih cepat dan pantas. selain itu juga, penerimaan arus elektrik yang banyak akan membuatkan batteri smartphone anda itu cepat penuh.
4) Tukar Charger Baru
  • Kadang-kadang masalah ini juga berpunca daripada charger sendiri. Untuk itu pemilihan charger yang tepat juga dapat menyelesaikan masalah ini. Pastikan charger tersebut adalah original kerana kebanyakkanya charger yang ada dipasaran adalah juga mempunyai charger yang bukan original.
 Baca Juga : Punca Dan Cara Atasi Smartphone Cepat Panas
Demikianlah, Entry berkenaan Cara Cas Batteri Smartphone Dengan Pantas kami pada kali ini. Semoga dengan entry ini dapat membantu anda dalam masalah cas batteri lambat masuk. Jom like Facebook Fans kami sebagai tanda terima kasih anda kepada kami.

Jangan lupa untuk baca artikel kami yang lain untuk ketahui maklumat selanjutnya. Sekian Terima Kasih.

Blog ini diwujudkan untuk informasi tentang android. kami juga memberikan sedikit tutorial yang pernah kami lakukan sebelum ini sebagai panduan untuk anda. Selain itu juga kami menyajikan dengan tulisan-tulisan info kepada anda, berita dan sebagainya. Blog berasal dari Malaysia ini juga merupakan salah satu blog yang sedang menaik.

Jom Kongsikan

Related Posts

Previous
Next Post »

1 comments:

comments
4 Disember 2016 7:20 PTG delete

saya sering tu mengecas batre smartphone sambil main games ....

Reply
avatar