Cara Mejaga Privacy Akaun Facebook

Cara Menjaga Privacy Akaun Facebook - Siapa tidak kenal dengan Facebook? Media Sosial yang paling ramai pengguna didunia yang membantu manusia untuk berkomunikasi antara satu sama lain diatas talian. Facebook yang dibuat oleh Mark Zuckerberg ini berfungsi untuk anda berinteraksi antara satu sama lain, menambah rakan dan berkongsi sesuatu yang baru.

cara menjaga akaun facebook


Agak ramai pengguna Facebook ini tidak mengetahui bahawa keselamatan mereka juga akan terancam jika mereka tidak mengetahui tips-tips keselamatan ketika online Facebook. Kebanyakkan mereka yang sering menjadi mangsa oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini selalu membuat "Post" berbaur hal peribadi mereka sendiri, sehinggakan pihak yang tidak bertanggungjawab itu mengatur strategi untuk mengenakan mereka.

Oleh sebab itu, ada baiknya juga jika anda mengetahui tips-tips keselamatan ketika sedang Online Facebook milik anda. Jom ketahuinya sekarang agar tidak menjadi mangsa oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Semak paragraf dibawah.

Tips Menjaga Privacy Akaun Facebook Milik Sendiri

1) Menghadkan Butir-Butir Peribadi Anda.
  • Pastikan anda menghadkan butir-butir peribadi anda, Ini dapat memastikan privacy anda terjaga dan tidak senang untuk diguna pakai untuk tujuan tertentu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Susun privacy anda teratur dan anda boleh lakukanya dengan Klik pada Setting,  Masuk pada bahagian Privacy dan susun Privacy anda mengikut keinginan anda sendiri.
2) Menghadkan Orang Yang Dapat Melihat "Post" Anda 
  • Jika anda ingin membuat sesuatu "Post" yang memerlukan Privacy untuk anda, Anda juga boleh mengubah sesiapa yang anda pilih untuk melihatnya. Dengan adanya kelebihan anda boleh sembunyikan post anda daripada orang yang anda tidak ingin melihatnya. Caranya, Klik pada button "Post", pilih menu friends, seterusnya klik pada Options-Custom dan anda boleh rakan anda yang boleh melihat post anda tersebut.
3) Block Atau Unfriend
  • Jika terdapat seseorang yang sering mengganggu anda tanpa anda kenali, jangan segan silu untuk block atau unfriend mereka. Sudah tentu mereka yang sering mengganggu anda atau spam anda menyebabkan anda rasa tercabar. Tetapi anda juga boleh membuat block pada akaun mereka atau unfriend sahaja mereka yang mengganggu anda.
  Baca Juga : Cara Padam Akaun Facebook

Dengan Tips diatas berkenaan Cara Menjaga Privacy Akaun Facebook Milik Sendiri anda boleh tingkatkan lagi keselamatan anda ketika sedang membuka Facebook. Harap-harap dapat membantu anda dalam masalah privacy ketika sedang Online.

Jangan lupa untuk baca artikel kami yang lain untuk ketahui maklumat selanjutnya. Sekian Terima Kasih

Blog ini diwujudkan untuk informasi tentang android. kami juga memberikan sedikit tutorial yang pernah kami lakukan sebelum ini sebagai panduan untuk anda. Selain itu juga kami menyajikan dengan tulisan-tulisan info kepada anda, berita dan sebagainya. Blog berasal dari Malaysia ini juga merupakan salah satu blog yang sedang menaik.

Jom Kongsikan

Related Posts

Previous
Next Post »