Cara Memperbaiki Smartphone Restart Sendiri

Memperbaiki Dan Kenal Pasti Masalah Smartphone Restart Sendiri - Pernahkah anda mengalami situasi dimana smartphone anda telah merestart sendiri? bukan hanya sekali, tetapi proses tersebut berulang-ulang. Pastinya anda tidak suka bila situasi ini terjadi kembali bukan. Anda tidak tahu sebabnya dan tidak pula tahu untuk memperbaikinya.

smartphone restart sendiri


Apabila situasi seperti ini berlaku pastinya ada puncanya. Cuma puncanya tidak kita ketahui. Ok baiklah pada kali ini ExpanDroiders akan memberikan sedikit info yang bermanfaat kepada anda tentang kenapa smartphoe anda sering merestart sendiri dan cara untuk memperbaikinya. Anda boleh semak dibawah untuk keterangan lebih lanjut.

Punca Smartphone Restart Sendiri

Ada beberapa penyebab umum yang menyebabkan smartphone anda dikatakan merestart sendiri. Contoh punca adalah seperti berikut:-
  1. Pemasangan aplikasi yang tidak sesuai dengan OS
  2. Ada aplikasi yang Crash
  3. Penggunaan RAM yang terlalu banyak
  4. Terlalu banyak Cache Aplikasi yang tidak dipadam
  5. Sistem OS yang sudah Lapuk dan lama
  6. Malware atau Virus
Jika kita mengalami masalah smartphone Restart sendiri, cuba kita semak balik adakah masalah yang tertera diatas ada pada smartphone anda? Jika ya. Memang perkara diatas adalah punca utama kenapa smartphone kita mengalami situasi merestart sendiri.

Cara Memperbaiki Smartphone Restart Sendiri

1) Periksa Kembali Aplikasi Yang Anda Pasang
  • Mungkin terdapat aplikasi yang tidak sesuai dengan OS anda yang anda telah pasang. Sebagai contoh, Sebuah aplikasi yang hanya sesuai untuk dipasangkan kepada Android kitkat dan kebawah tetapi anda telah memasangnya kedalam smartphone anda yang mempunyai Sistem Operasi Android Lollipop. Ini kerana setiap Android yang dikemaskini memiliki kelainan yang tersendiri. Periksa satu persatu aplikasi yang dipasang. Dan bila anda sudah kenal pasti aplikasi tersebut yang menyebabkan Smartphone anda Restart sendiri, cepat buang aplikasi tersebut.
2) Pernah Root Smartphone
  • Seperti mana yang kita ketahui, Dengan meroot smartphone kita akan diberikan akses penuh kepada smartphone kita sendiri hingga membolehkan kita mengubah sistem dalaman. Tetapi kadang-kadang meroot smartphone juga adalah punca masalah ini berlaku. Mungkin terdapat sistem yang terganggu dan diubah tanpa kita sedari. Jadi caranya ialah unroot smartphone yang anda telah root atau Flash kembali smartphone anda kepada ROM asal.
3) Pasang Antivirus 
  • Virus diumpamakan sebagai software perosak gadget. Bukan hanya desktop yang mampu virus untuk serang malah smartphone juga antara mangsanya. Sedikit demi sedikit sistem yang ada pada smartphone virus serang dan akhirnya akan menyebabkan kerosakkan pada smartphone tersebut. Oleh itu, kita juga disarankan supaya memasang aplikasi antivirus kedalam smartphone kita. Ianya juga sebagai langkah berguna untuk kita juga.
Baca Juga : Bootloop Dan Langkah Perbaiki Smartphone Mempunyai Masalah Bootloop

Dengan informasi diatas iaitu Cara Memperbaiki smartphone Restart Sendiri adalah cara untuk kita mengesan punca dan memperbaiki semula smartphone kita yang terkena masalah tersebut. Semoga ianya dapat membantu anda.

Jangan lupa untuk baca artikel kami yang lain untuk ketahui maklumat selanjutnya. Sekian Terima Kasih

 

Blog ini diwujudkan untuk informasi tentang android. kami juga memberikan sedikit tutorial yang pernah kami lakukan sebelum ini sebagai panduan untuk anda. Selain itu juga kami menyajikan dengan tulisan-tulisan info kepada anda, berita dan sebagainya. Blog berasal dari Malaysia ini juga merupakan salah satu blog yang sedang menaik.

Jom Kongsikan

Related Posts

Previous
Next Post »