Cara Menggunakan Aplikasi Greenify Android

Cara Menggunakan Greenify - Banyak cara sebenarnya untuk kita berjimat batteri dan Ram apatah lagi dengan sokongan aplikasi yang baik dan berkesan. Cuma pada kali ini ExpanDroiders tertarik pada satu aplikasi yang betul-betul berkesan. Bukan setakat, penjimatan RAM yang berkesan, tetapi juga penjimatan batteri yang begitu berkesan.

cara menggunakan greenify


Pada awalnya, Aplikasi ini kami fikirkan tidak begitu berkesan, tetapi apabila ExpanDroiders mencubanya kami terkejut kerana hasil daripada penggunaan begitu baik sehinggakan dapat memberikan impak yang positif kepada smartphone dalam penjimatan RAM dan batteri, Aplikasi ini bernama Greenify, Anda boleh sahaja dapati aplikasi ini di Google Playstore hanya dengan menaip nama Aplikasi ini iaiti Greenify.

Fungsi Aplikasi ini ialah menghibernate iaitu menidurkan aplikasi-aplikasi yang running dibackground proses smartphone anda. Tidak hairanlah kenapa aplikasi ini membantu untuk menjimatkan ram dan batteri smartphone anda. Selain itu juga, Kemaskini aplikasi Greenify yang terbaru juga tidak lagi memerlukan root. Sepertimana dahulu, smartphone yang tidak mempunyai akses root terpaksa mendapatkan dahulu akses root untuk penggunaan yang automatik hibernate aplikasi. Kini Smartphone yang tidak mempunyai root juga boleh nikmati automatik hibernate.

cara install greenify


Anda berminat untuk cuba menggunakan aplikasi ini ? Cubalah. ianya amat baik sekali untuk smartphone anda. Bagi yang ingin mencuba aplikasi ini dan nak tahu cara penggunaanya boleh ikuti cara menggunakan greenify ini dibawah.

Baca Juga : Cara Root Smartphone Tanpa PC

 

Cara Menggunakan Aplikasi Greenify 

  1. Muat turun dahulu aplikasi Grennify di Google PlayStore
  2. Apabila Selesai muat turun, Buka aplikasi tersebut.
  3. Tap pada tombol "Tambah" Atau "Plus"
  4. Cari dan pilih aplikasi yang anda ingin hibernate
  5. Apabila anda sudah selesai memilih, tap pada tombol "Checklist" yang tertera.
  6. Kemudian tapa pada tombol "Zzz" yang tertera untuk menghibernate aplikasi yang terpilih.
  7. Selesai.

Aplikasi ini berfungsi untuk menghibernate . Hanya aplikasi yang anda pilih sahaja yang akan hibernate. Untuk itu, sekian sahaja daripada kami. semoga entry Cara Menggunakan Aplikasi Greenify Android ini membantu anda dalam penjimatan batteri dan ram smartphone anda.

Jangan lupa untuk baca artikel kami yang lain untuk ketahui maklumat selanjutnya. Sekian Terima Kasih.

Blog ini diwujudkan untuk informasi tentang android. kami juga memberikan sedikit tutorial yang pernah kami lakukan sebelum ini sebagai panduan untuk anda. Selain itu juga kami menyajikan dengan tulisan-tulisan info kepada anda, berita dan sebagainya. Blog berasal dari Malaysia ini juga merupakan salah satu blog yang sedang menaik.

Jom Kongsikan

Related Posts

Previous
Next Post »