Cara Menghindari Daripada Ditipu Peniaga Online

Cara Mengelakkan Ditipu Peniaga Online - Perniagaan atas talian semakin hari semakin mendapat sambutan di masa kini. Pada kebiasaanya peniaga online ini menjual produk-produk yang kosmetik, baju, kain dan banyak lagi produk yang lain dan boleh dikatakan hampir semua barangan yang ada pada kedai-kedai dijual oleh pihak peniaga online ini.

ditipu peniaga online


Walaupun kini mendapat sambutan yang hangat oleh kalangan pembeli yang membeli barangan atas talian, tidak semua peniaga online ini berlaku jujur. Ada yang sanggup menipu pelanggan semata-mata hanya untuk mendapatkan wang mereka. Ini yang membuatkan reputasi peniaga online akan jatuh dan mungkin akan peniaha online ini dicop sebagai scammer dan akan meninggalkan kesan trauma kepada pelanggan yang ditipu.

Sebelum anda ditipu kita juga disarankan agar mengambil langkah-langkah yang bijak ketika membeli barangan diatas talian ( Online ) ini sebelum terkena batang hidung sendiri. Untuk itu, ExpanDroiders akan memberikan sedikit coretan untuk anda agar pelbagai perkara yang tidak diingini tidak mengena anda.

Menghindari Ditipu Oleh Peniaga Online

1) Utamakan COD ( Cash On Delivery )
  • Terbukti lagi transaksi melalui COD ini dapat mengelakkan anda daripada ditipu oleh peniaga online yang tidak bertanggungjawab. Ini kerana anda akan melakukan transaksi pembayaran secara Face To Face kepada penjual. Selain itu, anda juga boleh memeriksa barangan yang peniaga tersebut jual dengan mata anda sendiri, ini dapat mengelakkan anda daripada menyesal daripada membeli barangan yang dijual oleh peniaga tersebut.
2) Pastikan Anda Melihat Testimoni Sesuatu Barangan Yang Dijual
  • Walaupun dengan membaca testimoni yang dibuat oleh penjual tidak menyakinkan anda untuk membeli barangan mereka, Anda boleh pastikan lagi dengan melalui membaca komen-komen yang dibuat oleh pembeli yang lain. Jika pada kebanyakkanya komen mereka berpuas hati dengan barangan yang mereka beli, jangan segan silu untuk membeli apa jua barangan yang dijual oleh peniaga tersebut.
3) Identiti Dan Reputasi Penjual Barangan Online
  • Jika anda banyak melihat komen negetif yang terpapar pada page, instagram atau lain-lain. Mungkin peniaga tersebut tidak mempunya kemahiran untuk mengawal perniagaanya jadi ini akan memberi kesan buruk kepada pembeli barangan produk ini. Dan peniaga seperti ini anda dinasihatkan untuk menghindari daripada membeli barangan daripada mereka. Berkemungkinan juga mereka merupakan scammer.
4) Jarak Diantara Pusat Penjualan Dari Ruma
  • Anda juga dinasihatkan agar tidak membeli barangan dari peniaga yang mempunyai jarak yang jauh dari rumah anda. Pilihlah peniaga yang dekat dengan anda. Elakkan daripada membeli daripada peniaga luar negara. Kerana kita tidak tahu reputasi peniaga tersebut sebelumnya.
5) Minta No Resit Surat Barangan Anda
  • Jika anda memilih untuk membeli barangan bukan dengan transaksi pembayaran sistem COD dan hanya melalui pengeposan. Jangan segan silu untuk meminta nombor Tracking Code untuk mengesan barangan yang anda beli. Jangan menganggap perkara ini cuma remeh temeh, sebaliknya guna peluang ini agar anda tidak ditipu oleh peniaga online yang tidak bertanggungjawab.
Baca Juga : Tips Sebelum Anda Membeli Kamera Baru
Cara diatas adalah sebagai langkah-langkah berjaga untuk anda daripada mudahnya ditipu oleh peniaga online yang tidak bertanggungjawab. Semoga dengan tips diatas iaitu Cara Menghindari Daripada Ditipu Peniaga Online dapat menambah ilmu sesama kita agar tidak ditipu.

Jangan lupa untuk baca artikel kami yang lain untuk ketahui maklumat selanjutnya. Sekian Terima Kasi

Blog ini diwujudkan untuk informasi tentang android. kami juga memberikan sedikit tutorial yang pernah kami lakukan sebelum ini sebagai panduan untuk anda. Selain itu juga kami menyajikan dengan tulisan-tulisan info kepada anda, berita dan sebagainya. Blog berasal dari Malaysia ini juga merupakan salah satu blog yang sedang menaik.

Jom Kongsikan

Related Posts

Previous
Next Post »

1 comments:

comments
8 Januari 2017 2:55 PTG delete

betul tu, kena pandai guna hak pengguna supaya tak mudah ditipu

Reply
avatar