Cara Meningkatkan Hasil Jualan Di Instagram

Cara Meningkatkan Hasil Jualan Di Instagram -  Pada masa kini dapat melihat para peniaga atas talian ini ( Online ) bagai tumbuh seperti cendawan. Ada yang gagal dan ada juga yang telah berjaya menjual produk mereka. Kebiasaanya, para peniaga akan menggunakan platform media sosial yang popular dengan sebaik mungkin untuk menjual produk mereka. Antara platform media sosial yang popular bagi kalangan peniaga atas talian ini ialah seperti Instagram, Facebook dan Twitter. Pada kali ini ExpanDroiders akan berkongsi cara memulakan perniagaan denagan akaun Instagram.

cara meningkatkan jualan diinstagram


Ini kerana Platform sosial media seperti instagram ini berasaskan perkongsian dalam menggunakan gambar dan ramai para peniaga yang menggunakan akaun Instagram untuk memajukan perniagaan mereka kerana anda boleh meletak gambar produk anda dan memudahkan para pelanggan untuk menilai produk jualan anda hanya melalui gambar.

Jika anda merupakan peniaga kecil-kecilan atau sudah maju dan ingin mendapatkan informasi berkenaan untuk meningkatkan hasil anda di instagram, boleh semak caranya dibawah.

1) Perbaiki Profile.Akaun Instagram Anda

  • Gunakanlah gambar yang menarik untuk orang ramai mendapat perhatian dari akaun anda Dan gunalah gambar profile yang unik dan memudahkan orang ramai mengingati anda.
  • Buatlah biodata profile akaun anda berkaitan dengan jualan anda. Elakkan daripada menulis bio yang mengarut kerana biodata profile yang betul dan berkaitan akan menunjukkan anda tidak sama seperti scam
  • Jika boleh, buat username yang mudah diingati dan tidak panjang. ini kerana username yang panjang sukar untuk diingati. 
  • Selain itu. pastikan username anda sama dengan akaun sosial media yang lain seperti twitter, Google Plus Facebook dan lain-lain.
2) Penggunaan Hashtag Yang Tepat
  • Pastikan anda menggunakan hashtag yang tepat dan berkaitan dengan post gambar anda.
  • Pastikan penggunaan hashtag secara berterusan tanpa gagal. 
  • Jangan pernah gunakan hashtag yang tidak releven dengan gambar anda. Contohnya, anda telah post produk berkaitan dengan kosmetik dan anda gunakan hashtag spare part motor memang tidak mengena disitu. Hasilnya post anda akan di "ignore" oleh pembaca hashtag tersebut.
 3) Rancang Strategi Post anda
  • Penggunaan Aplikasi Repost juga amat disarankan, kenapa? kerana ianya memudahkan anda untuk membuat post semula dengan gambar produk anda yang lama.
  • Usahakan membuat video review untuk setiap produk atau barang yang anda jual jika anda mampu melakukanya.
4) Jangan Lupa Berinteraksi Dengan Followers Anda
  • Followers ibarat raja, kerana dari followers jugalah yang akan membeli produk kamu layan mereka dengan penuh sopan santun. 
  • jika mereka bertanya maka balaslah balik pertanyaan mereka dengan penerangan yang betul dan sepatutnya. 
  • Jangan biarkan terdapat komen spam pada post kamu, padam komen spam tersebut  akan mengganggu produktiviti jualan anda.
5) Penggunaan Call To Action

Call To Action adalah salah satu faktor besar yang akan meningkatkan conversion antara kamu dan followers. Antara penggunaan Call too Action yang disrankan ialah
  • "Silah klik untuk ketahui lebih lanjut"
  • " Like gambar dan share kepada rakan anda."
  • "Hubungi kami dengan klik link ini"
  • " Follow Insta kami untuk ikuti senarai jualan produk kami"
Baca Juga >> Cara Pasang 2 Aplikasi Instagram Dalam Satu Smartphone

Demikianlah, Cara Meningkatkan Hasil Jualan Di Instagram. Semoga ianya berguna dan bermanfaat kepada kita semua. Jangan lupa untuk membaca entry kami yang lain sebagai menambah pengetahuan kita. Sekian Terima Kasih.

Blog ini diwujudkan untuk informasi tentang android. kami juga memberikan sedikit tutorial yang pernah kami lakukan sebelum ini sebagai panduan untuk anda. Selain itu juga kami menyajikan dengan tulisan-tulisan info kepada anda, berita dan sebagainya. Blog berasal dari Malaysia ini juga merupakan salah satu blog yang sedang menaik.

Jom Kongsikan

Related Posts

Previous
Next Post »

3 comments

comments
5 Julai 2015 12:50 PTG delete

Terima kasih kongsikan..review untuk setiap barang yang dijual amat penting sebenarnya..hehe

Reply
avatar
5 Julai 2015 6:57 PTG delete

great tips... walaupun baru nak berjinak2 dengan ig....

Reply
avatar
5 Julai 2015 8:45 PTG delete

Ya bro. Thanks. smoga dapat menyesuaikan diri dalam pemasaran ig. salam kenal juga ya. :)

Reply
avatar