Cara Nak Backup Mesej SMS Dengan Mudah Tanpa Perlukan Root

Walaupun sekarang sudah ramai yang menggunakan aplikasi messaging sebagai medium penghubung antara satu sama lain dengan lebih pantas dan mudah. Tetapi, penggunaan sistem pesanan ringkas ( SMS ) ini juga tidak dilupakan juga.kegunaannya. Berbeza dengan penggunaan aplikasi messaging, Sistem pesanan ringkas ini tidak memerlukan sebarang penggunaan internet untuk menghantar pesanan, sebaliknya ianya memerlukan jumlah baki kredit yang terdapat pada setiap sim telekomunikasi anda.

Sebagai pengguna android, adakah anda mengetahui tentang cara membackup dan restore jumlah sms yang ada pada smartphone anda ? Jika anda antara salah satu yang ingin mengetahuinya, anda boleh cuba cara yang bakal ExpanDroiders terangkan ini.

cara nak backup mesej atau sms

Cara Mudah Backup SMS Tanpa Root

  • Pasang dan muat turun aplikasi Sms Backup/Restore di Google Playstore
  • Apabila sudah selesai muat turun, Buka aplikasi tersebut.
  • Jika anda ingin backup sms anda yang terdapat di inbox. tap sahaja backup dan pilih " External SD Card ".
  • Kemudian, tap ok dan tulis nama backup dengan kemahuan anda sendiri.
  • Tap pada "Creat New Backup" dan tap ok.
  • Tunggu sehingga proses backup sms anda selesai dan tertera tulisan " Backup Completed "
Diatas adalah cara untuk backup sms, bagaimana ? Ianya mudah bukan? Apabila anda sudah selesai backup sms anda, anda tidak perlu risau lagi tentang kehilangan mesej akibat sengaja atau tidak sengaja terpadam. Untuk merestore SMS yang anda backup tadi, anda boleh ikuti langkah dibawah ini juga.

Cara Mudah Restore Sms Tanpa Root

  • Buka Aplikasi Sms Backup / Restore yang anda muat turun tadi.
  • Tap pada restore dan pilih .xml yang tertera.
  • Akan muncul " Restore Backup " pilih Restore All Message lepas tu tap ok.
  • Tunggu proses tersebut berakhir.
Jika anda sudah melakukan Restore Sms, untuk memastikan proses berjalan dengan lancar anda haruslah periksa pada inbox message anda. Maka dengan itu, berakhirlah entry kita pada kali ini berkenaan Cara Nak Backup Mesej SMS Dengan Mudah Tanpa Perlukan Root. Semoga dapat membantu anda.

Jangan lupa untuk baca artikel kami yang lain untuk ketahui maklumat selanjutnya. Sekian Terima Kasih.

Blog ini diwujudkan untuk informasi tentang android. kami juga memberikan sedikit tutorial yang pernah kami lakukan sebelum ini sebagai panduan untuk anda. Selain itu juga kami menyajikan dengan tulisan-tulisan info kepada anda, berita dan sebagainya. Blog berasal dari Malaysia ini juga merupakan salah satu blog yang sedang menaik.

Jom Kongsikan

Related Posts

Previous
Next Post »