Cara Nak Update Asus Zenfone 4 ( T00I ) Ke Lollipop

Cara Nak Update Asus Zenfone 4 ( T00I ) Ke Lollipop - Berbagai jenis Android Version yang telah diperkenal oleh Google seperti KitKat, Jelly Bean dan yang terbaru ialah Lollipop version. Kini Asus Zenfone 4 juga boleh anda kemaskini ke Lollipop Version dan banyak perubahan-perubahan yang ketara jika anda sudah memakai Lollipop Version ini dari segi penambahan aplikasi, perfomance dan lain-lain lagi.

Pada kali ini ExpanDroiders akan membantu anda bagaimana cara kemaskini Asus Zenfone 4 anda ke Android Lollipop. Anda boleh semak cara dan tutorialnya dibawah ini

cara nak update Asus Zenfone 4 ke Lollipop

Keperluan Yang Anda Perlu Disediakan

  • Sebuah Smartphone Asus Zenfone 4 Model T00I
  • Backup semua data-data penting yang ada dalam smartphone anda itu.
  • Hanya untuk peranti yang tidak mempunyai akses root atau masih menggunakan Stock Rom, Stock Recovery dan yang jelas tidak pernah memodifikasi.
  • Pastikan Sofware version anda v6.3.3 untuk ketahuinya sila periksa :-
    Setting > About Phone
  • Hanya untuk Zenfone 4 versi  WW sahaja.
  • Mempunyai Batteri yang mencukupi iaitu 60% keatas. Batteri Penuh amat digalakkan sebelum dikemaskini ke Lollipop.
Pastikan keperluan-keperluan yang tertera diatas telah memenuhui kriteria-kriteria smartphone anda bagi mengelakkan kegagalan berlaku seperti brick dan sebagainya.

 Tutorial Kemaskini Asus Zenfone 4 Ke Lollipop

  • Pertama sekali, Download terlebih dahulu Rom Lollipop untuk Asus Zenfone 4
  • Apabila selesai muat turun, salin atau copy file tersebut dan masukkan kedalam Internal Memory anda bukan SD Card yer. ( Jangan buat folder, Pastekan sahaja diluar Internal Memory anda )
  • Secara automatik Smartphone Asus Zenfone 4 anda akan menerima signal OTA update.
  • Jika tidak ada signal tersebut, maka reboot terlebih dahulu smartphone anda.
  • Proses akan berjalan apabila smartphone anda telah masuk ke recovery mode tunggu sehingga proses tersebut berjalan dengan lancar.
  • Apabila smartphone anda telah masuk ke home screen, proses kemaskini tersebut sudah selesai.
Baca Juga : Cara Perbaiki IMEI Android Yang Hilang

Kini, Asus Zenfone 4 anda sudah dikemaskini ke Lollopop  dan anda akan merasakan sendiri perubahan yang ada pada smartphone anda itu. Amat mudah sebenarnya proses ini. Semoga bermanfaat kepada anda.

Jangan lupa untuk baca artikel kami yang lain untuk ketahui maklumat selanjutnya. Sekian Terima Kasih

Blog ini diwujudkan untuk informasi tentang android. kami juga memberikan sedikit tutorial yang pernah kami lakukan sebelum ini sebagai panduan untuk anda. Selain itu juga kami menyajikan dengan tulisan-tulisan info kepada anda, berita dan sebagainya. Blog berasal dari Malaysia ini juga merupakan salah satu blog yang sedang menaik.

Jom Kongsikan

Related Posts

Previous
Next Post »