Cara Unlock Bootloader Asus Zenfone 2 Dengan Mudah Berkesan

Cara Unlock Bootloader Asus Zenfone 2 - Asus Zenfone 2 ialah antara smartphone yang mempunyai spesifikasi yang tinggi dan berbaloi untuk dibeli. Anda boleh sekrang boleh mengubah dalaman smartphone tersebut untuk jadikan ia lebih menarik dan mengikut keinginan anda. Tetapi ada beberapa perkara yang perlu anda lakukan sebelum mengubah sistem dalaman tersebut, Antaranya ialah. ianya memerlukan akses root dan perlu untuk anda menghilangkan atau Unlock bootloader terlebih dahulu.



Apabila Bootloader smartphone anda sudah dibuka, maka anda boleh menukar dalaman atau memodifikasi dalam seperti keinginan anda sendiri. Pada kali ini, ExpanDroiders akan membantu anda untuk membuka bootloader yang terkunci pada Asus Zenfone 2. Anda boleh ikuti beberapa arahan dibawah untuk membuka kunci atau unlock boothloader Asus Zenfone 2 anda.

Keperluan

  • Hanya untuk model Asus Zenfone 2 ZE551ML ( Z00A ) Dan Asus Zenfone 2 ZE550ML ( Z008 ) Sahaja
  •  Pastikan Smartphone Asus Zenfone 2 Anda sudah mempunyai akses Root
  • Mempunyai ADB untuk Asus Zenfone 2
  • Muat turun SplashScreen bagi model  ZE551ML atau anda pengguna Model ZE550ML
  • Apabila selesai muat turun, copy file tersebut kedalam folder ADB yang anda gunakan

Proses Membuka Bootloader 

  • Connect Smartphone Asus Zenfone 2 ke PC dengan menggunakan kabel anda.
  • buka CMD Command Prompt anda.
  • Taipkan adb shell dan enter
  • taip lagi "su" dan tekan enter
  • lalu taip lagi " getprop ro.isn>/factory/asuskey dan enter
  • Dan taip ini juga " reboot boothloader" dan enter sekali lagi.
Apabila selesai melakukan command prompt diatas, smartphone Asus Zenfone 2 anda akan reboot ke boothloader dan tertera pada screen smartphone anda akan bertulis " Unlocked" . Apabila Asus Zenfone 2 anda selesai restart, splashscreen anda akan berwarna putih  dan tunggu sehingga anda berjaya masuk ke home screen anda. 

Sudah berjaya masuk ke home screen, anda juga wajib ikuti langkah ini juga seperti tertera dibawah.
  • Buka CMD dan taip " adb reboot boothloader " dan tekan enter
  • kemudian, taip juga " fastboot devices " dan tekan enter lagi.
  • last, taip juga " fastboot flash splashscreen splashscreen.img "
  • Selesai.

Apabila selesai ikuti langkah diatas, kemudian reboot smartphone anda dan Tahniah sudah selesai ikuti Cara Unlock Boothloader Asus Zenfone 2 anda. , smartphone Asus Zenfone 2 anda sudah dibuka boothloader. Kini anda sudah mulai mengubah dalaman atau memodifikasikan smartphone mengikut keinginan anda.

Jangan lupa untuk baca artikel kami yang lain untuk ketahui maklumat selanjutnya. Sekian Terima Kasih.

 

Blog ini diwujudkan untuk informasi tentang android. kami juga memberikan sedikit tutorial yang pernah kami lakukan sebelum ini sebagai panduan untuk anda. Selain itu juga kami menyajikan dengan tulisan-tulisan info kepada anda, berita dan sebagainya. Blog berasal dari Malaysia ini juga merupakan salah satu blog yang sedang menaik.

Jom Kongsikan

Related Posts

Previous
Next Post »