Kelebihan Android M Yang Patut Anda Ketahui

Kelebihan Android M Yang Patut Anda Ketahui - Baru-baru ini kita sebagai peminat Android OS kita dikejutkan lagi dengan Sistem terbaru Android OS iaitu Android M setelah melalui pelbagai pembaharuan OS sebelumnya. Pada bulan Mei yang lepas pada tanggal 28 haribulan, Vice President  Of Engineer Google iaitu Dave Burke telah memperkenalkan kelebihan baru yang diselitkan pada ANdroid M ini.

kelebihan Android M


Menurutnya juga, Fasiliti dan kelebihan pada Android "M" ini hasil daripada para developer Android Google yang bertungkus lumus dalam melakukan pembangunan terbaru dan memberikan kelainan daripada Sistem Operasi yang sebelumnya. Antara beberapa kelebihan yang telah diperkenalkan oleh Google sendiri ialah


1) Android Pay
  • Android Pay yang diperkenalkan disini ialah sebuah cara pembayaran dalam transaksi pembayaran. Penggunaan Android Pay ini sama seperti yang diperkenalkan oleh Apple iaitu Apple Pay. Melalui kelebihan ini para pengguna Android OS akan menjadi lebih mudah kerana disertakan Android Pay yang menggunakan NFC dan melakukan pembayaran menggunakan Telefon Pintar ini.

2) Finggerprint Scanner
  • Adanya kelebihan mengesan cap jari ini yang diselitkan dalam Android M ini sudah tentu akan menambahkan privacy yang ada pada smartphone anda. Sama seperti daripada Apple Gadjet iaitu finggerprint sensor cuma ini versi Android yang dicipta khas oleh Google.
 3) Google Chrome Custom Tabs
  • Menurut Dave Burke lagi, Google Chrome diperbaharui lagi dengan penambahan iaitu Chrome Custom Tabs iaitu berfungsi membolehkan anda sendirimembangunkan aplikasi dan memasukkan laman web kedalam aplikasi tersebut. Dengan erti kata lain, anda membuka laman web melalui chrome dengan design yang anda telah lakukan tadi.
4) " App Permission " Terbaru
  • Dahulu, sebagai pengguna Android OS, banyak permintaan persetujuan  berkenaan pengizinan seperti kamera kontak dan lain-lain ketika anda ingin memasang sebuah aplikasi ke smartphone anda maka kini ianya diberikan perhatian oleh Google sendiri untuk penambah baikkan "App Permision"

    Android M ini juga tidak akan sewenang-wenangnya akan membuka lokasi atau kamera pengguna dan pengguna akan lebih senang dan mudah kerana terlampau banyak persetujuan sebelum membuka seseuatu aplikasi. "Apps Permission" ini akan keluar hanya sekali sahaja iaitu pada awal pemasangan aplikasi tersebut.
5) Penambahan Kelebihan " Doze "
  • Selama ini smartphone Android memerlukan langkah manual untuk berhentikan sebuah aplikasi yang berjalan pada background proses, Maka pada kali ini, Sistem Android yang terbaru memperkenalkan "Doze" iaitu ketika smartphone anda tidak bergerak dalam beberapa waktu, kelebihan ini akan aktif untuk mematikan aplikasi yang berjalan secara automatik. Doze ialah sebuah kelebihan yang amat canggih kerana mampu mengesan pergerakkan yang ada pada smartphone anda.
6) Google Now Semakin Cekap
  • Sistem terbaru Android M ini ditambah dengan kelebihan Asisttance Google Now ini semakin lebih cekap dan tepat. Selain itu juga, ianya ditambah dengan Now On Tap membuatkan ia lebih bijak dan cekap dalam memenuhi keinginan pengguna Smartphone Android.
 Baca Juga :  Cara Mengatasi bootloop Pada Smartphone Android
Setelah banyak pembaharuan yang dilakukan oleh Google dalam pembangunan Android ini, Android M adalah yang terbaru setakat ini. Memang syok giler kelebihan Android M nie. Tak percaya boleh cuba... Itu sahaja daripada kami berkaitan Kelebihan Android M Yang Patut Anda Ketahui pada kali ini. Semoga ianya bermanfaat.

Jangan lupa untuk baca artikel kami yang lain untuk ketahui maklumat selanjutnya. Sekian Terima Kasih


Blog ini diwujudkan untuk informasi tentang android. kami juga memberikan sedikit tutorial yang pernah kami lakukan sebelum ini sebagai panduan untuk anda. Selain itu juga kami menyajikan dengan tulisan-tulisan info kepada anda, berita dan sebagainya. Blog berasal dari Malaysia ini juga merupakan salah satu blog yang sedang menaik.

Jom Kongsikan

Related Posts

Previous
Next Post »